Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Talian HEAL 15555 Mula Beroperasi Hari Ini, Tawar Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Talian HEAL 15555 Mula Beroperasi Hari Ini, Tawar Bantuan Untuk Kesihatan Mental

Diterbitkan Oktober 21, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini telah memperkenalkan Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau Talian HEAL yang boleh dihubungi melalui 15555.

Mula beroperasi hari ini, 21 Oktober 2022, talian tersebut diwujudkan bagi membantu individu yang menghadapi masalah kesihatan mental untuk mendapatkan bantuan awal.

Berkaitan

  • Anda Kini Boleh Semak Status Penggunaan Katil Hospital Di Portal KKMNOW

Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin yang menghubungi sendiri talian berkenaan berkata operator yang mengendalikan perkhidmatan itu telah dilatih dengan baik bagi membantu pemanggil, termasuk dapat mengesan jika pemanggil dalam keadaan emosi berdasarkan intonasi (suara) serta menenangkan pemanggil.

Beliau berkata, talian lima digit itu adalah penambahbaikan kepada Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) yang menawarkan bantuan sokongan emosi dan psikososial kepada individu yang terkesan.

Sementara itu, Khairy juga menyatakan satu hab pengkalan data kesihatan mental (Mental Health Hub) melalui platform digital akan diwujudkan bagi memperkukuhkan aktiviti survelan kesihatan mental.

Gambar utama: BBC

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY