Huawei, OPPO, Xiaomi Dan Vivo Bekerjasama, Bangunkan Pesaing Google Play Store

Empat syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dari China, kini dilaporkan telah bekerjasama yang dipanggil sebagai Global Developer Service Alliance (GDSA). Melaluinya, pembangun luar China boleh memuat naik aplikasi-aplikasi mereka pada platform berkenaan.

Langkah tersebut dilihat sebagai memberi saingan kepada Google Play Store yang mendominasi pasaran ketika ini. Berbeza dengan pasaran global, pengguna di China hanya berharap pada aplikasi gedung yang dikendalikan oleh pengeluar itu sendiri. Monopoli pada pasaran global oleh Google Play Store ini menyukarkan aplikasi tersebut sukar untuk bersaing.

Namun dengan adanya GDSA, ia mungkin dapat memberi cabaran. Difahamkan platform tersebut dirancang penawarannya untuk 9 buah negara termasuklah Malaysia, India, Indonesia dan Rusia.

Seperti dalam laporan Reuters, penganalisis dari IDC, Will Wong menyatakan pengeluar-pengeluar China ini cuba untuk meraih pegangan lebih besar dalam pasaran perisian dan perkhidmatan oleh kerana penjualan peranti agak perlahan.

Sumber: Reuters