Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
62% ‘Gamer Hardcore’ Tak Lagi Bayar Harga Penuh Untuk Game Baharu

62% ‘Gamer Hardcore’ Tak Lagi Bayar Harga Penuh Untuk Game Baharu

Diterbitkan Mei 8, 2026 oleh Amsyar Latif

Ramai pemain game hardcore kini enggan membayar harga penuh untuk permainan baharu, menurut laporan Generations in Play 2026 yang dikeluarkan oleh IGN Entertainment.

Laporan yang dibangunkan bersama Kantar dan UC Berkeley ini mendapati bahawa 62% daripada pemain paling aktif di AS, UK dan Australia tidak lagi membeli game pada harga penuh.

Screenshot 2026-05-08 at 4.51.26 PM

Perbezaan mengikut generasi amat ketara:

  • Gen Z (14–29 tahun): 42% masih sanggup bayar harga penuh
  • Millennials (30–44 tahun): 38% bayar harga penuh
  • Gen X (46–61 tahun): Hanya 20% sanggup bayar harga penuh

Kebanyakan pemain kini lebih suka menunggu promosi jualan, menggunakan servis langganan seperti Game Pass dan PS Plus, atau bermain semula game lama yang sudah dimiliki.

Laporan ini menunjukkan perubahan besar dalam tingkah laku pembelian permainan. Pemain moden lebih berhati-hati dengan wang mereka dan kurang bersedia membayar RM250–RM300 untuk permainan yang mungkin ada masalah pelancaran, cerita kurang memuaskan atau terlalu pendek.

Ini memberi tekanan kepada penerbit game besar untuk lebih berhati-hati dengan harga dan kualiti permainan mereka pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Isu Semakan Lesen 30 Hari Hanya Berlaku Sekali Sahaja - Sony
  • Xbox Hentikan Copilot AI, Fokus Semula Kepada Permainan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
  • Kerjasama AI Muse Diperluas, NVIDIA Bakal Labur AS$3 Bilion Dalam Meta
©2026 WISER.MY