Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
60% Permohonan Fasa 1 PerantiSiswa Telah Diluluskan, Permohonan Fasa 2 Masih Dibuka

60% Permohonan Fasa 1 PerantiSiswa Telah Diluluskan, Permohonan Fasa 2 Masih Dibuka

Diterbitkan September 12, 2022 ยท Dikemas kini September 12, 2022 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa berkata sebanyak 60% daripada hampir 100,000 permohonan untuk Fasa 1 PerantiSiswa Keluarga Malaysia telah diluluskan menerusi tapisan awal dan pemohon akan menerima peranti masing-masing pada bulan ini.

Beliau berkata pihaknya kini dalam usaha untuk menyelesaikan pengagihan PerantiSiswa Fasa 1 sebelum memulakan pengagihan Fasa 2 pada Oktober dan dijangka selesai pada November depan.

Berkaitan

  • Edaran PerantiSiswa Bermula Ogos, Fasa Kedua Libatkan Pelajar IPG Dan Kolej Matrikulasi
  • PerantiSiswa: Galaxy Tab A8 Jadi Pilihan, Tambah 4 Kategori Layak Mohon
  • PerantiSiswa Akan Diedarkan Bermula 3 September, Ini Antara Yang Bakal Diterima
  • Tidak Perlu Pulang Balik, Tablet Diberi Terus Kepada Penerima PerantiSiswa - PM

Annuar berkata pengagihan PerantiSiswa perlu disegerakan dan kerajaan sedang membuat penjadualan pengagihan supaya selaras dengan pembekal, terutama di Sabah dan Sarawak berikutan keadaan logistik di kawasan pedalaman yang mencabar.

Dalam pada itu, dinyatakan baki 40% bagi permohonan Fasa 1 program itu sedang diteliti termasuk melibatkan kes rayuan bagi memastikan hanya pelajar yang benar-benar layak menerima bantuan tersebut.

Beliau berkata dalam proses tapisan rayuan itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di institusi pengajian masing-masing dan pentadbir sekolah telah diberikan amanah untuk meneliti rayuan sebelum kementerian meluluskan permohonan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pada 3 september lepas, bagi memberikan bantuan peranti tablet berjenama kepada pelajar kumpulan B40 yang memerlukan.. Melalui majlis berkenaan, Perdana Menteri turut mengumumkan penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia tidak perlu memulangkan peranti itu apabila tamat pengajian kelak.

Bagi yang layak tetapi masih belum memohon, permohonan PerantiSiswa Fasa 2 masih dibuka sehingga 30 September 2022, yang mana boleh dilakukan melalui pautan ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY