Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kabel internet

6 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Langgan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home Internet)

Diterbitkan April 3, 2023 · Dikemas kini April 3, 2023 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi Digital (KKD) telah pun mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home internet) bagi membantu warganegara Malaysia yang layak menangani peningkatan kos sara hidup.

Seperti yang dikatakan, pakej ini adalah pakej khas bagi mereka yang layak sahaja. Mungkin ada pengguna yang masih belum jelas dengan terma dan syarat untuk mereka melayakkan melanggan pakej tersebut.

Jadi di sini adalah 6 perkara yang perlu anda tahu sebelum langgan pakej tersebut.

1. 4 Syarikat terlibat

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Home internet) ini boleh dilanggan menerusi 4 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat iaitu Telekom Malaysia, CelcomDigi, Maxis dan YTL Communications.

2. Jimat RM20

Jika sebelum ini harga langganan terendah bagi Jalur Lebar Tetap adalah berharga RM89, kini ia ditawarkan hanya pada harga RM69 sahaja.

Pada harga itu, pengguna boleh menikmati perkhidmatan internet dengan kelajuan 30Mbps serta data tanpa had (unlimited) dengan kontrak selama 24 bulan.

3. Golongan yang layak dan dokumen yang diperlukan

Berikut adalah golongan yang layak melanggan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap serta dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tujuan pengesahan kelayakan:-

  • Warga Emas (60 tahun dan ke atas) – Kad Pengenalan
  • Kumpulan Berpendapatan B40 (isi rumah berpendapatan RM4,850 sebulan dan kebawah) – Kad Pengenalan
  • Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) – Kad Pengenalan dan Kad Pesara/ Veteran.
  • Orang Kurang Upaya – Kad Pengenalan dan Kad OKU

4. Had langganan

Hanya satu sahaja langganan Pakej Perpaduan Internet Jalur Lebar Tetap (Home Internet) yang dibenarkan bagi setiap dokumen pengenalan (Kad Pengenalan/ Kad Pesara/ Kad Veteran/ Kad OKU) pengguna.

5. Tarikh tawaran

Pakej ini sudah pun mula ditawarkan sejak 30 Mac 2023 lalu dan akan berkahir pada 31 Disember 2023.

6. Tukar pelan sedia ada

Sekiranya anda adalah pelanggan jalur lebar tetap sedia ada dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan Pakej Perpaduan ini dan termasuk di dalam golongan sasar yang ditetapkan, anda boleh berhubung dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu untuk memohon bertukar dari pelan yang dilanggan kepada Pakej Perpaduan Internet Jalur Lebar Tetap (Home Internet).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penawaran Pakej Perpaduan Internet Jalur Lebar Tetap (Home Internet) ini, anda boleh hubungi syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat atau terus hadir ke mana-mana cawangan syarikat terlibat yang berdekatan dengan anda.

Berkaitan

  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Setel Kini Sokong DuitNow QR, Boleh Guna Untuk Pembayaran Di Kedai
  • Pakej Unifi Tanpa Had Hanya RM69 Sebulan: Jimat RM480 Selama 2 Tahun

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY