Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Launch Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (1)

Pakej Unifi Tanpa Had Hanya RM69 Sebulan: Jimat RM480 Selama 2 Tahun

Diterbitkan Mac 31, 2023 ยท Dikemas kini Mac 31, 2023 oleh Helmi Samsuri

Telekom Malaysia (TM) telah mengumumkan tawaran menarik untuk pelanggannya dengan menawarkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Unifi tanpa had pada harga RM69 sebulan. Tawaran ini terbuka kepada semua pelanggan Unifi baharu dan sedia ada daripada segmen sasaran utama mereka. Pelanggan yang mendaftar sebelum 31 Disember 2023 akan menikmati penjimatan sebanyak RM480 sepanjang 24 bulan.

Menurut TM, Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Unifi akan membolehkan pelanggan menikmati perkhidmatan tanpa had pada harga berpatutan. Pelanggan yang ingin menikmati tawaran ini hanya boleh mendaftar satu pakej sahaja bagi setiap orang.

Selain daripada itu, pada bulan Mac lalu, TM telah mengumumkan Pakej Perpaduan Prabayar Mudah Alih (Prabayar) dan kedua-dua perkhidmatan ini akan membolehkan ketersambungan di mana-mana, menawarkan jalur lebar tetap bersepadu, perkhidmatan mudah alih dan kandungan digital kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Kedua-dua tawaran ini akan disediakan melalui Unifi Home dan Unifi Mobile.

Berkaitan

  • Unifi Mobile Turunkan FUP Kepada 60GB, 'Hotspot' Dipotong 50%
  • Unifi Mobile Keluarkan Pakej Bulanan Baharu, RM25 Untuk 30GB Sekali 'Hotspot'
  • Pakej Perpaduan CelcomDigi Juga Dilancar, Ada Pas Tambahan Internet Serendah RM3
  • Rasmi, Harga Internet Jalur Lebar Tetap Kini Diturunkan Sebanyak RM20/bulan

Namun, sebelum membuat sebarang keputusan, pelanggan dinasihatkan agar membaca terma dan syarat yang terkandung dalam tawaran ini. Untuk makluman juga Pakej Perpaduan ini menyasarkan golongan B40, Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas di mana mereka boleh menikmati kelajuan Internet sehingga 30Mbps.

Sumber: Siaran Akhbar TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY