6 Perkara Tentang Huawei Nova 2i Yang Menjadikannya Peranti Kelas Pertengahan Pilihan Ramai.

Huawei Nova 2i satu nama yang tidak perlu lagi kami perkenalkan, umum sudah mengetahui ianya merupakan satu peranti kelas pertengahan yang mendapat sambutan hangat semenjak ianya dilancarkan pada November lepas. Ini 5  sebab kenapa Huawei Nova 2i laku keras seperti pisang goreng panas di pasaran.

1. Peranti Kelas Pertengahan Yang Berbaloi Pada Tanda Harga Mampu Milik



Huawei Nova 2i mula dipasarkan pada harga RM1,299 kemudian ianya dipotong harga sehingga RM1,099 sewaktu perayaan Tahun Baru Cina yang lepas. Kemudian menjelang sambutan Hari Raya kaliini , ianya sekali lagi dilihat mengalami penurunan harga jualan iaitu pada hanya RM999!

Dan, seperti yang kita tahu, selepas GST dibubarkan, ianya akan dijual pada hanya RM942. Lagi murah! Apa lagi ko nak?

Dengan cip pemprosesan dari Huawei sendiri, Kirin 659 bersama lapan teras pada kadar kelajuan maksimum 2.36 GHz didokong pula dengan saiz RAM bersaiz 4GB. Ianya dilihat satu tawaran yang sangat berbaloi.

2. Peranti Dengan Tetapan ‘Quad-Camera’



Sehingga kini, masih tidak banyak peranti dipasaran yang menawarkan tetapan dwi-kamera untuk kamera utama dan selfie. Dengan sensor 16-Megapiksel dan 2-Megapiksel manakala kamera selfie pada 13-Megapiksel dan 2-Megapiksel.

Sensor monokrom kedua di kamera utama dan selfieberfungsi untuk membantu penghasilan gambar dengan efek bokeh dengan lebih kemas di kedua-dua kamera hadapan mahupun belakang.

3. Sokongan Fungsi Pengimbasan Wajah Dan AR Lens



Penjualan Huawei Nova 2i yang mendapat sambutan memberansangkan seluruh negara telah mendorong pihak Huawei untuk mengemas kini telefon ini kepada lebih baik dengan memperkenalkan ciri Face Unlock dan AR Lens.

Fungsi seperti Face Unlock pada ketika ini menjadi kewajipan setiap peranti dan Huawei tidak ketinggalan dalam membawakan fungsi ini kepada peranti kelas pertengahan mereka terutamanya Huawei Nova 2i.

Dengan fungsi AR Lens juga, peranti ini membolehkan pengguna memanfaatkan teknologi Augmented Reality dan mengaplikasikan teknologi tersebut ke dalam gambar yang diambil mereka. Fungsi ini boleh digunakan untuk kamera hadapan dan juga kamera belakang. Pengguna boleh memilih beberapa pilihan sticker termasuk gambar latar belakang yang boleh diubah menggunakan gambar peribadi mereka sendiri.

3. Paparan Penuh Tanpa Takuk (Notch)

 

 

Sejak kemunculan iPhone X yang mula menghangatkan rekaan takuk, kita dapat lihat semakin banyak pengeluar mengkuti jejak langkah yang sama.

Namun, tidak semua daripada kita yang sukakan rekaan takuk. Tak dapat dinafikan, dengan nisbah 19:9, ianya memberikan lebih skrin pada badan peranti. Tetapi pengalaman kami menggunakan peranti dengan skrin nisbah 19:9 sebenarnya tidak membawa kepentingan dari segi penggunaan.

Masih tidak banyak aplikasi yang menyokong rekaan 19:9. Malah apabila menonton di Youtube, video cuma di-zoom supaya ia memenuhi ruang skrin lalu memotong sebahagaian daripada video. Pada kami, ianya sesuatu yang tidak seiring dengan apa yang mahu diketengahkan dengan tagline paparan penuh.

Huawei Nova 2i memiliki paparan skrin 5.93 inci dengan nisbah 18:9. Oleh sebab itu, kami lihat Huawei Nova 2i menjadi pilihan ramai sehingga kini walaupun sudah banyak keluaran jenama lain dengan rekaan ‘notch’.

4. Kemaskini Sistem Operasi Android Oreo

Huawei Nova 2i juga dilihat antara peranti yang terawal untuk menerima kemaskini sistem operasi paling baru Android Oreo.

Melalui kemaskini Android Oreo, sistem peranti ini akan diperkemaskan dari segi sekuriti dan ciri tambahan untuk memberikan pengalaman pengunaan yang lebih lancar.

6. Penangan Hannah Delisha



Pemilihan Hannah Delisha sebagai duta produk nampaknya memberi impak yang besar dalam pemasaran siri Nova. Langkah ini turut mengambarkan telefon pintar kelas pertengahan untuk golongan muda yang mahukan peranti serba boleh untuk kegunaan harian terutamanya di sosial media.



Sempena Hari Raya yang bakal menjelang, pelanggan yang membeli Huawei Nova 2i atau Nova 2lite berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan cabutan bertuah termasuklah percutian 4 hari 3 malam ke Tokyo Disneyland, Japan dan Club Med Bali, Indonesia serta baucer bernilai RM200!

Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia.