6 Negara Ini Tidak Membenarkan Rakyatnya Menggunakan Aplikasi WhatsApp

WhatsApp disekat daripada digunakan di dalam negara-negara ini atas pelbagai sebab.


WhatsApp merupakan aplikasi sembang sosial paling popular di dunia yang dimiliki oleh Facebook. Pengguna aplikasi ini diseluruh dunia dianggarkan lebih daripada 1.5 bilion pengguna.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa negara di dunia yang menyekat aplikasi WhatsApp daripada diakses oleh rakyatnya. Berikut adalah 6 negara (setakat ini) yang menyekat aplikasi ini daripada diakses di dalam negara tersebut:-

1. China


WhatsApp mula disekat oleh kerajaan China dalam tahun 2017 lalu ketika kempen pilihanraya politik negara tersebut sedang berlangsung. Ciri penginkripan mesej yang terdapat dalam WhatsApp didakwa antara sebab utama mengapa aplikasi tersebut disekat daripada digunakan di China.

Rakyat China menggunakan platfom yang dibangunkan olehseperti Weibo dan WeChat sebagai alternatif kepada WhatsApp.

2. Korea Utara


Tidak menghairankan Korea Utara termasuk dalam negara yang menyekat WhatsApp. Negara ini memang diketahui dipimpin oleh pemimpin diktator yang berkuasa sepenuhnya terhadap segala keputusan untuk negara tersebut.

Malah kebebasan untuk rakyatnya menerima maklumat juga dikawal oleh sepenuhnya oleh kerajaan Korea Utara di bawah pimpinan diktator Kim Jong Un.

Jadi, kemungkinan besar rakyat negara ini tidak pernah langsung mendengar atau mengetahui kewujudan platfom WhatsApp, Facebook, Google dan lain-lain.

3. Cuba


Sebab mengapa Negara Cuba menyekat WhatsApp bukanlah keran pemimpinnya diktator atau pun berkait isu politik. Sebaliknya adalah kerana kos penggunaan internet di negara ini terlalu mahal.

Dilaporkan, kos untuk mengakses internet di dalam negara ini adalah lebih tinggi berbanding gaji purata yang diterima oleh rakyatnya. Walaubagaimanapun, kerajaan Cuba masih membenarkan ahli politik, wartawan dan sebahagian pelajar menggunakan sosial media seperti WhatsApp.

4. Iran


Iran telah disenaraikan oleh pihak Reporters Without Borders sebagai salah satu negara yang paling menindas  wartawan sejak 40 tahun  lalu. Jadi tidak hairanlah mengapa aplikasi WhatsApp disekat digunakan dalam negara ini.

Sebab utama mengapa WhatsApp disekat tidak pula dimaklumkan oleh pihak kerajaan Iran. Tapi ia dipercayai ada kaitan dengan isu keselamatan dan tapisan maklumat.

5. Syria


Kerajaan negara bergolak akibat perang saudara, Syria telah menyekat akses WhatsApp atas sebab isu politik. Sekatan yang dibuat juga didakwa atas sebab bagi mengelak daripada intipan oleh pihak Israel.

6. UAE


Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula menyekat aplikasi WhatsApp kerana mahu mengutamakan perkhidmatan telekomunikasi yang disediakan oleh kerajaan negara tersebut kepada rakyatnya.

Servis telekomunikasi UAE yang dikawal selia oleh Telecommunications Regulatory Authority (TRA) menyekat ciri WhatsApp termasuklah panggilan suara dan video daripada diaktifkan penggunanya di UAE.

7. Lain-lain


Selain daripada 6 negara di atas, Indonesia juga pernah menyekat sementara WhatsApp daripada diakses oleh rakyatnya berikutan keganasan yang berlaku di dalam negara tersebut selepas daripada keputusan pilihanraya presiden 2019 memihak kepada Joko Widodo.

Sekatan tersebut dibuat adalah bagi menghalang penularan berita-berita palsu yang menjadi antara penyebab kepada pencetus  insiden keganasan di dalam negara tersebut.

Sumber: EXPRESS