Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Memfailkan Saman Terhadap Firma Israel Kerana Menggodam Pengguna WhatsApp

Tujuan Ciri Mesej Terpadam Sendiri Pada Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Disember 29, 2019 · Dikemas kini Disember 29, 2019 oleh ariff bukhari

Hanya wujud pada tetapan grup sahaja.

Seperti yang diketahui umum sejak beberapa bulan lalu, WhatsApp sedang membangunkan dan menguji ciri mesej terpadam sendiri yang dikenali sebagai “Disappearing Messages“.

Kemudiannya WhatsApp menukarkan pula nama ciri tersebut kepada “Delete Messages“.

Walaubagaimanapun, baru kini ciri tersebut diterangkan lebih jelas mengapa ia akan dimuatkan dalam aplikasi WhatsApp nanti.

Menurut laman Wabetainfo, ciri mesej terpadam sendiri itu akan berfungsi sebagai alat pembersih mesej khusus bagi membuang lambakan mesej-mesej di dalam grup.

“…we have discovered that the WhatsApp team has changed its plans about how the feature should work, becoming a sort of “cleaning tool” for groups.” Wabetainfo.

Mengaktifkan tetapan ciri ini pula hanya boleh dibuat oleh pengelola dalam sesebuah grup WhatsApp sahaja.

“... deleting old messages automatically (only administrators will be able to enable/disable it).” Wabetainfo.

Memandangkan tetapan ciri mesej terpadam automatik ini hanya untuk grup sahaja, bermakna jika anda ingin mengaktifkan ciri tersebut terhadap seseorang di dalam orang hubungan yang ada, anda terpaksalah mewujudkan grup khas bersama individu tersebut.

Buat masa ini, ciri baru ini masih lagi dalam peringkat percubaan yang sudah boleh dicuba oleh pengguna WhatsApp versi beta.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY