Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp business

Bagaimana WhatsApp Menjana Duit Dari Servis Permesejan Percuma?

Diterbitkan September 28, 2020 oleh ariff bukhari

Seperti semua tahu, pelbagai platfom media sosial popular seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain menjana keuntungan hasil daripada paparan iklan di platfom mereka.

Tetapi bagaimana pula dengan platfom permesejan popular seperti aplikasi WhatsApp menjana keuntungan daripada servis percuma mereka?

WhatsApp Business

Pada tahun 2018 dahulu, WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook (sejak 2014) telah melancarkan servis terbaru yang dikenali sebagai WhatsApp Business.

whatsapp bussiness

WhatsApp Business mensasarkan secara khusus pelanggan yang mahu melakukan aktiviti perniagaan di platfom tersebut.

Sungguhpun WhatsApp Business adalah percuma kepada semua jenis profail perniagaan, tetapi integrasi application programming interface (API) yang menjadi asas kepada penjanaan keuntungan WhatsApp.

Syarikat-syarikat boleh mengintegrasikan perniagaan mereka dengan platfom WhatsApp bagi membolehkan mereka menghantar notifikasi secara automatik kepada para pelanggan mereka.

Sebagai contoh notifikasi berkaitan tiket tempahan menonton wayang, kemas kini jadual penerbangan, pengesahan tempahan makanan dan banyak lagi.

Jadi, sekiranya mesej yang dihantar oleh pelanggan menerima respon daripada peniaga selepas 24 jam, setiap mesej yang dihantar antara pelanggan dan peniaga akan dicaj.

Jadi menerusi servis WhatsApp Business inilah WhatsApp memperoleh keuntungan.

Ketika ini terdapat lebih daripada 2 bilion pengguna WhatsApp di seluruh dunia. Sekaligus menjadikan ia platfom permesejan paling popular di dunia ketika ini.

Sumber: Yahoo Finance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
©2026 WISER.MY