Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp

Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan Julai 31, 2019 oleh ariff bukhari

Kononnya tawaran sempena meraikan ulang tahun WhatsApp, walhal…

Penyelidik dari firma keselamatan siber ESET memberitahu terdapat satu teknik penipuan yang kini popular digunakan bagi mengelirukan pengguna internet, sekaligus membahayakan data privasi mereka.

Penipuan tersebut adalah dengan menghantar mesej tawaran 1000GB data internet percuma yang mengandungi pautan kepada para pengguna aplikasi sembang sosial popular WhatsApp.

Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp

Pautan yang diberikan pula kelihatan seolah-olah ia datangnya daripada pihak pembangun WhatsApp yang sah. Namun sebaliknya ia adalah pautan palsu yang menyamar sebagai pihak WhatsApp.

Apabila dibuka pautan tersebut, ia akan membawa anda ke satu bentuk laman tinjauan yang meminta pengguna menjawab beberapa soalan.

Seterusnya ia akan meminta pengguna/mangsa berkongsikan pautan itu pula kepada 30 rakan-rakan WhatsApp yang lain kononya bagi menerima ganjaran besar.

Jangan Terpedaya Dengan Tawaran 1000GB Data Internet Percuma Di Aplikasi WhatsApp

Nampak tawaran yang diberikan sangat menarik perhatian. Walhal kesemua tawaran tersebut, pautan yang diberikan dan ganjaran yang kononnya akan diterima itu semuanya adalah palsu semata-mata.

Jadi jangan mudah sangat terpedaya dengan tawaran-tawaran seumpamanya jika anda ada menerimanya.

Sungguhpun pihak ESET menyatakan setakat ini mereka tidak menemui sebarang bukti pemasangan perisian hasad ke dalam peranti pintar pengguna apabila dibuka pautan tersebut, tetapi ia tidak bermakna ia tidak boleh berlaku selepas itu.

Siasatan lanjut yang dibuat oleh pihak ESET ke atas hos domain dari pautan palsu itu mendapati ia turut menghoskan pelbagai tawaran palsu yang lain dengan menyamar sebagai syarikat-syarikat utama popular seperti Adidas, Nestlé dan Rolex.

Cara terbaik mengelakkan anda dari terjebak menjadi mangsa penipuan ini adalah dengan tidak membuka dan berkongsikan pautan tersebut kepada rakan-rakan WhatsApp anda yang lain.

Jika anda berbuat sebaliknya, ia hanya akan memburukkan lagi keadaan sekaligus anda telah menjadi agen pengedar ‘scam‘ dan pengguna yang tidak bertanggungjawab.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY