Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kos Penggantian Bateri EV Semakin Murah – Kajian

51% Pemilik EV Di India Mahu Beralih Semula Kepada Kereta Konvensional – Tinjauan

Diterbitkan Ogos 5, 2024 oleh ariff bukhari

Disebalik populariti kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat kebelakangan ini, tapi lain pula ceritanya di India.

Menurut tinjauan baharu yang dijalankan oleh Park+, 51% daripada pemilik EV semasa di dalam negara itu sedang mempertimbangkan untuk beralih kembali kepada kenderaan konvensional.

Tinjauan itu termasuk pendapat 500 pemilik kenderaan elektrik di seluruh Bangalore, Delhi NCR dan Mumbai.

Pertimbangan itu ekoran rasa tidak puas hati di kalangan pemilik EV di negara itu di mana mereka berdepan beberapa isu utama selepas memiliki EV.

Menurut hasil tinjauan itu, pengguna EV di sana bergelut dengan kebolehpercayaan dan kebolehcapaian stesen pengecasan dengan 73% orang lagi bimbang tentang kos penyelenggaraan dan ketidakjelasan pembaikan.

Selain itu, isu nilai jualan semula EV yang jatuh di bawah 33% turut mengecewakan pengguna EV di sana.

India mempunyai lebih daripada 20,000 rangkaian stesen pengecasan namun, namun 88% daripada responden masih mengadu tentang kebimbangan pengecasan yang berterusan.

EV keluaran Tata Motors dari India menjadi pilihan utama pengguna di sana menerusi model Tata Punch EV (populariti 19%) dan Tata Nexon EV (populariti 61%).

Tata Punch EV
Tata Nexon EV

Menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Park+, Amit Lakhotia, terdapat keperluan mendesak untuk infrastruktur pengecasan EV yang kukuh dan pintar di India, untuk mengurangkan kekecewaan dan kebimbangan di kalangan pemiliknya.

Dia juga menyebut bahawa, walaupun kebimbangan jarak telah berkurangan, kebimbangan pengecasan adalah tinggi dan menjadi isu utama pada perkara ini.

Berkaitan

  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini
  • Isu Kualiti EV Meningkat Ketara, Reka Bentuk Jadi Masalah Utama - J.D Power
  • Electrify America Mula Mengehadkan Pengecasan Bateri EV Kepada 85% Sahaja
  • Pemilik EV Selain Tesla Di AS Didapati Lebih Berpuas Hati Dengan Kenderaan Mereka - Kajian

Sumber: HT Auto

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY