J.D. Power dalam laporannya berkaitan isu kualiti kenderaan tenaga baharu meliputi EV, BEV dan PHEV mendedahkan, kualiti purata keseluruhan kenderaan tersebut pada tahun ini meningkat ketara daripada 2023.
Kajian itu, yang pertama kali diterbitkan pada 2019 dahulu adalah berdasarkan kajian tahunan J.D. Power U.S. Initial Quality StudySM (IQS).
NEV-IQS mengukur kualiti kenderaan tenaga baharu itu dengan meneliti masalah yang dialami oleh pemilik NEV di China dalam tempoh dua hingga enam bulan pertama pemilikan.
Kajian J.D Power pada tahun ini menunjukkan bahawa bilangan masalah adalah berkaitan reka bentuk, menjadi faktor utama peningkatan masalah kualiti keseluruhannya.
Elvis Yang, pengurus besar amalan produk auto di J.D. Power China dalam laporannya berkata,
“Persaingan dalam pasaran NEV semakin sengit, dengan pembuat kereta sentiasa melancarkan model baharu untuk menguasai bahagian pasaran, Ini telah membawa kepada cabaran yang ketara dalam pengurusan kualiti apabila kitaran pembangunan semakin singkat.”
Antara isu yang paling banyak diadu pengguna NEV ke atas kenderaan mereka adalah bau dalam kereta, bunyi, ciri sistem hiburan dan kualiti pemanduan.
Menurut J.D Power, ini adalah model NEV yang mendapat kedudukan tertinggi dalam segmen masing-masing:
- Segmen Kereta BEV Kecil: Geely Panda mini
- Segmen Kereta BEV Kompak: Geometri A Pro
- Segmen SUV BEV Kompak: Aion V Plus dan BYD Yuan Plus,
- Segmen Kereta BEV bersaiz sederhana: NIO ET5/ET5T
- Segmen SUV BEV bersaiz sederhana: Audi Q4 e-tron
- Segmen BEV besar: ZEEKR 001
- Segmen BEV premium: NIO ES8
- Pasaran Massa PHEV Segmen kereta: BYD Seal PHEV
- Segmen SUV PHEV Pasaran Massa: WEY Lanshan DHT PHEV
Kajian bagi tahun ini adalah berdasarkan maklum balas daripada 9,791 pemilik kenderaan NEV yang membeli kenderaan mereka antara Julai 2023 dan Januari 2024.
Kajian itu merangkumi 105 model daripada 48 jenama berbeza, di mana 74 model mempunyai sampel yang mencukupi. Kajian itu dijalankan dari Disember 2023 hingga Mac 2024 di 81 bandar di seluruh China.
“Kajian tahun ini menunjukkan bahawa masalah berkaitan reka bentuk jauh melebihi kecacatan. Pembuat kereta mesti mengutamakan pengalaman pengguna dan persepsi kualiti semasa R&D dan menumpukan pada pengesahan ciri berteknologi tinggi secara menyeluruh untuk meningkatkan pengalaman pengguna.” J.D Power.
{suggest}
Sumber: J.D Power