Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Electrify America Mula Mengehadkan Pengecasan Bateri EV Kepada 85% Sahaja

Electrify America Mula Mengehadkan Pengecasan Bateri EV Kepada 85% Sahaja

Diterbitkan Julai 10, 2024 · Dikemas kini Julai 10, 2024 oleh ariff bukhari

Salah sebuah syarikat penyedia rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) di Amerika Syarikat (AS), Electrify America telah mengumumkan program yang dikenali sebagai “Pilot Pengurangan Kesesakan” dengan harapan untuk mengurangkan masa menunggu mengecas EV dengan mengehadkan kepada 85% sahaja kepada pemilik EV.

Menjelaskan perkara itu, Electrify America berkata, stesen tertentu bermula dengan 10 di California akan mengehadkan cas EV tidak melebihi 85%.

Sebaik sahaja ia mencecah nombor itu, pengecas akan berhenti mengecas secara automatik, dan tempoh tangguh 10 minit bermula.

Jika pemilik masih belum mengeluarkan kereta dari pengecas selepas 10 minit tersebut, bakinya akan dikenakan bayaran.

Malah, jika pemilik EV cuba memulakan semula pengecasan dengan kapasiti bateri EV berada pada tahap 85%, pengecasan tetap tidak akan berjalan.

Electrify America antara penyedia rangkaian stesen pengecasan EV utama di AS yang ada menyediakan  pengecasan pantas menerusi pengecas Hyper-Fast mereka yang berkelajuan sehingga 350 kW.

Di Malaysia, mungkin penetapan ini tidak dilaksanakan kerana jumlah pemilikan EV masih rendah.

Tetapi siapa tahu pada masa akan datang, penyedia rangkaian stesen pengecasan EV akan melaksanakan perkara yang sama sepertimana Electrify America.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • EV Ini Boleh Dicas 80% Kurang Dari 5 Minit, Beri Jarak Sejauh 193KM

Sumber: Electrify America

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY