Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone casing

50% ‘Casing’ iPhone Buatan India Tak Melepasi Kawalan Kualiti Apple

Diterbitkan Februari 15, 2023 · Dikemas kini Februari 15, 2023 oleh Amalina Athman

Apple kini dilapor menghadapi kesukaran untuk meningkatkan operasi pengeluarannya di India lanjutan penghasilan komponen yang lemah serta peningkatan yang perlahan.

Berkaitan

  • Apple Tawar AirPods Percuma Untuk Pembelian Mac/iPad, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenainya
  • Apple Dijangka Tambah Model iPhone Baharu, Lebih Mahal Daripada Pro Max
  • Pengguna Apple Mungkin Tak Perlu Sebut "Hey Siri" Untuk Aktifkan Siri

Menurut laporan, kadar penolakan sebanyak 50% bagi casing atau sarung iPhone yang dihasilkan di India memperlihatkan gambaran jelas tentang kesukaran yang dihadapi Apple dalam mengurangkan kebergantungan kepada kilang di China.

Di sebuah kilang di Hosur yang dikendalikan oleh pembekal Apple, Tata, hanya satu dari setiap dua komponen yang dihasilkan berada dalam keadaan baik untuk dihantar kepada Foxconn bagi proses pemasangan.

Dinyatakan, 50% produk yang memenuhi piawaian Apple itu adalah sangat rendah untuk hampir semua operasi pengeluaran serta bertentangan dengan matlamat pembuatan “zero-defect” dan alam sekitar Apple.

Sikap pembekal di India

Bekas jurutera Apple memberitahu Financial Times bahawa pembekal ‌iPhone‌ di China mempunyai sikap yang berbeza berbanding pembekal di India. Mereka menggunakan pendekatan “apa sahaja yang diperlukan” untuk memenangi pesanan ‌iPhone‌, sekali gus menggambarkan bagaimana permintaan sering disiapkan beberapa minggu lebih awal daripada jadual dengan “kelajuan yang tidak dapat dijelaskan.”

Sebaliknya, operasi di India, tidak berjalan pada kadar ini. Bak kata bekas jurutera Apple, “tiada rasa mendesak” dalam rantaian bekalan di India.

Berikutan itu, Apple mungkin perlu menyesuaikan dengan perkara ini untuk beberapa tahun akan datang.

Sumber: MacRumors

Gambar utama: iFixit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY