1. Vaporcade Jupiter IO 3
Kepada yang membayangkan telefon pintar kebanyakkannya mempunyai rekaan yang sama, anda mungkin tidak pernah lihat lagi Jupiter IO 3 dari Vaporcade. Ianya bukan sejenis telefon pintar biasa-biasa, anda boleh guna Jupiter IO ini sebagai telefon pintar biasa, atau menghisap vape terus dari telefon ini.
Ya. Telefon 2 dalam 1. Telefon dan Vape. Vaporcade Jupiter IO 3 diperkenalkan pada hujung tahun lepas di CES 2016. Telefon ini dijalankan dengan Android Kitkat bersama dua biji bateri. Satu untuk mengkuasakan telefon dan satu lagi untuk vape.
Dari segi spesifikasi pula tidak banyak yang boleh dibanggakan melainkan dengan paparan skrin 5.3 inci. Dari segi kesihatan, Vaporcade mendakwa peranti ini melepasi ujian FCC.
2. Yota YotaPhone 2
Telefon ini bagi pendapat saya sangat inovatif. Pernah tak anda jumpa telefon pintar dengan dua skrin? Satu di depan satu lagi di belakang. Pada asalnya ia kedengaran seperti idea yang tidak berapa bijak, tetapi syarikat ini mempunyai alasa kukuh kenapa mereka mengetengahkan idea ini.
Skrin di depan mempunyai paparan AMOLED HD penuh tetapi skrin di belakang lain sikit. Skrin kedua ini mempunyai paparan skala kelabu yang tidak menggunakan banyak kuasa. Ini bermakna, jika bateri telefon pengguna sedang nazak, terbalikkan telefon dan gunakan skrin kedua yang lebih jimat penggunaan bateri.
Tetapi aplikasi untuk skrin kedua juga sudah tentu terhad. Pengguna hanya boleh melakukan tugas-tugas asas seperti mesej dan panggilan.
3. Turing Phone
Telefon ini didakwa telefon paling kebal antara telefon lain. Turing Phone bukan sahaja kebal dari segi keselamatan perisian, malah ianya juga kebal secara fizikal.
Telefon ini dibina dengan bahan besi yang dipanggil Liquidmorphium, secara saintifiknya lebih kuat daripada keluli dan titanium.
Peranti ini dijalankan dengan sistem operasi Sailfish 2.0 dan hadir dengan saiz RAM 3GB bersama 5.5 inci paparan skrin HD penuh.
4.Vertu Signature Touch
Pada yang merasakan iPhone lambang kekayaan, fikirkan semula. Rekaan peranti ini dibina mengikut citarasa pembeli yang berharga $13,700. Pakai telefon ni barulah boleh 'poyo' kaya. Anda boleh pilih variasi yang lebih murah iaitu pada $6500 dengan versi kulit anak lembu. Variasi paling rendah pun harga boleh tahan mahalnya.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa telefon ini mahal sangat kan? Ianya merupakan peranti berjenama Bentley, buatan tangan dengan menggunakan bahan-bahan premium seperti kulit buaya dan kaca kristal nilam. Badan peranti ini juga diperbuat daripada titanium gred paling tinggi.
5. NoPhone Zero
Ianya bukanlah sejenis peranti yang anda sangkakan. NoPhone Zero merupakan sejenis bongkah plastik empat segi yang menyerupai telefon, diperkenalkan melalui program Kickstarter. Telefon ini tidak mampu melakukan apa-apa.
NoPhone Zero direka khas untuk memberi mesej kepada manusia sejagat dimana manusia perlu berinteraksi secara fizikal dan bertujuan untuk membantu pengguna yang mempunyai ketagihan telefon pintar yang melampau.
Mereka turut menekankan NoPhone Zero ini adalah lebih hebat daripada telefon pintar ketika ini. Ianya tersangatlah kalis air. Tahan lasak, jatuh dari tingkat 20 pun masih boleh bertahan. Sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
NoPhone Zero ini juga didakwa sesuai untuk menigkatkan aktiviti sosial secara realiti, bukan menerusi telefon- Makan dalam.
Berkaitan
- Ini Sebab Kenapa Ramai Yang 'Kecewa' Dengan iPadOS 15
- Huawei Nova 3i - Ibarat Seorang Adik Yang Mengidolakan Abangnya
- Instagram Kini Membenarkan Anda Bookmark Gambar Yang Boleh Dilihat Kemudian Hari
- CES 2017: Nokia 6 - Telefon Pintar Android Pertama Dari Nokia
- Telefon Mid-Range HTC X10 Dikhabarkan Pelancarannya Januari Ini
- Henti Sebar Berita Yang Tidak Ditentukan Kesahihannya - SKMM
- Lima Telefon Pintar Dengan Kamera Terbaik Di Bawah Paras Harga RM 1,000
- 5 Permainan Video Terbaik Yang Boleh Dimainkan Untuk Peranti Bermemori 1GB RAM Kebawah
- Google Beri Bayangan Tiada Lagi Penjenamaan Android Selepas Ini
- MWC 2019 - Apa Yang Anda Boleh Harapkan Daripada Pengeluar Pada MWC Tahun Ini