5 Sebab Mengapa Huawei MateBook 14 Sesuai Menggantikan Komputer Riba Lama Anda

Disaat pandemik Covid-19 yang masih berlarutan, sebahagian besar daripada kita disarankan untuk bekerja dari rumah. Bermula dari itu, kita boleh lihat ada yang mula mengeluh komputer riba lama sudah kurang berkemampuan untuk menjalankan tugasan. Ada pula yang terpaksa bergilir-gilir dengan ahli keluarga untuk menggunakan komputer riba.

Timbul perasaan untuk mencari sebuah komputer riba yang baik untuk menyelesaikan masalah diatas? Penawaran terbaharu daripada Huawei ini mungkin jawapannya dan berikut 6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membuat keputusan membeli Huawei MateBook 14.


1. Komputer riba dengan skrin terbaik untuk kelas harganya


Huawei MateBook 14 didatangkan dengan skrin paparan 14 inci bersama nisbah aspek 3:2. Ia sama sekali berlainan dari nisbah aspek yang biasa kita lihat iaitu 16:9 dimana anda ditawarkan dengan lebih paparan secara menegak.

Huawei MateBook 14

Melalui paparan dengan resolusi 2K, nisbah aspeknya ideal untuk tugasan seperti suntingan media atau dokumen, reka bentuk serta melayar laman web.

Ia turut mempunyai ciri sentuhan bagi variasi AMD Ryzen 7 yang mana anda boleh lakukan tatalan dan sentuhan lain terus pada skrin paparan.



Bukan itu sahaja, tambah menawan adalah bezel mengelilinya yang nipis menampakkan sisi premium komputer riba ini. Seperkara lagi mengenai paparan Huawei MateBook 14, ia menerima pengesahan dari TÜV Rheinland bagi pengurangan pancaran cahaya biru. Ini mata lebih selesa untuk penggunaan dalam tempoh masa yang panjang.

2. Rekaan nipis tetapi dimuatkan dengan prestasi berkuasa tinggi


Salah satu komponen yang menentukan betapa baiknya prestasi sesebuah komputer riba pastinya adalah pada cip pemprosesan. Lebih berkuasa cip tersebut, lebih tinggi tenaga yang diperlukan dan lebih tinggi suhu yang bakal dihasilkan. Lihat sahaja komputer riba khusus untuk permainan, rekaannya besar dan berat.

AMD Ryzen 4000

Komputer riba dengan rekaan nipis atau selalunya dipanggil sebagai ultrabook diberikan fokus utama dari segi reka bentuk produk, sistem pengaliran haba, dan pengurusan bateri.

Jadi untuk membenarkan lebih banyak haba dilepaskan, sesetengah bahagian dalaman menjadi lebih tebal. Oleh itu kebanyakan pengeluar hanya melengkapkan ultrabook mereka dengan cip pemprosesan rendah tenaga seperti siri U. Manakala pemproses berprestasi tinggi dari siri H pula kebiasaannya dilengkapkan pada komputer permainan.



Dalam pasaran kelas ini, Huawei menghasilkan MateBook 14 dengan binaan aloi aluminium yang halus dan selesa dipegang. Hanya berketebalan 15.9mm dan seberat 1.49kg, ia dimuatkan dengan cip berkuasa tinggi  Ryzen 4000H, pemproses terbaharu keluaran AMD.

Ia merupakan cip berprestasi tinggi dan Huawei menyediakan dua pilihan sama ada AMD Ryzen 5 4800H atau Ryzen 7 4800H. Ia lebih berkemampuan untuk mengendalikan tugasan lebih berat berbanding ultrabook biasa yang lain.

3. Sistem penyejukan yang baik


Seperti yang dinyatakan diatas, sesetengah ultrabook mempunyai masalah pada sistem pengaliran haba. Oleh kerana Huawei MateBook 14 didatangkan dengan pemproses yang berprestasi tinggi, adalah menjadi keperluan ia hadir dengan  sistem pengaliran haba yang baik.



 

Huawei menyatakan ia mengambil contoh sistem penyejukan telefon pintar. Melalui Huawei MateBook 14, ia hadir dengan reka bentuk lapisan bagi struktur pengaliran haba. Selain itu, rekaan dwi kipas penyejuk yang dinaik taraf, turut memberikan 39% lebih pengaliran haba ditambah lagi dengan bunyi kipas yang perlahan.

4. Tertumpu kepada pengalaman pengguna


Huawei menyatakan pembangunan Huawei MateBook 14 memfokuskan kepada pengalaman penggunaan. "Menggunakan gaya pemikiran telefon pintar untuk membangunkan komputer riba".



Pengeluar tersebut membawa konsep popular pada telefon pintar dalam industri komputer riba mereka. Antaranya adalah seperti paparan lebih luas FullView, kawalan multi-sentuh, peredaran haba yang lebih efisien, pengecasan pantas, ciri nyahkunci skrin berasaskan imbasan cap jari, serta interaksi pintar.

5. Ciri menarik lain yang melengkapkan Huawei MateBook 14


Antara ciri menarik yang ada pada barisan komputer riba Huawei adalah fungsi mult-screen collaboration. Pengguna dapat memancarkan paparan telefon pintar terus ke skrin komputer riba.



Ia diibaratkan sebagai operasi dua sistem pada satu peranti. Ciri ini membantu anda untuk fokus kepada paparan komputer dan dalam masa yang sama tidak ketinggalan dengan tugasan yang berada pada telefon pintar.

Kesimpulan


Jika dibandingkan dengan ultrabook yang berada dipasaran ketika ini, Huawei MateBook 14 boleh dilihat sebagai salah satu pesaing hebat yang menyertakan prestasi dan fungsi terbaik.

Ia akan dijual bermula esok, 30 Oktober 2020 pada tanda harga dari RM3799. Sekiranya anda tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan hadiah percuma bernilai RM1177, pra-tempah komputer riba ini sekarang dari Huawei Online Store.