5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Huawei P20 dan P20 Pro

Huawei P20 dan P20 Pro merupakan peranti kelas perdana yang memberi fokus yang lebih kepada kualiti kamera mereka. Pihak Huawei telah mengambil langkah yang bijak apabila tidak memperkenalkan dua peranti ini kepada umum pada MWC 2018 bagi mengelakkan bertembung dengan Samsung Galaxy S9 yang dilancarkan pada program yang sama.

Perkara yang menarik perhatian apabila bercakap berkenaan siri Huawei P semestinya pada kameranya. Namun, selain daripada kamera, ada beberapa lagi perkara menarik untuk anda ketahui.

Berikut adalah antara perkara yang perlu anda ketahui tentang kedua-dua model Huawei P20 dan P20 Pro :

1.Kedua-duanya Mempunyai Rekaan Takuk



Rekaan takuk atau notch merupakan rekaan yang paling popular digunakan oleh pengeluar telefon pintar pada tahun ini. Reka bentuk ini mula popular selepas digunapakai oleh Apple pada peranti terbaru mereka, iPhone X pada tahun lalu. Takuk pada P20 dan P20 Pro adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan takuk yang terdapat pada iPhone X. Yang menariknya, pengguna juga boleh menghilangkan ‘notch’ dengan mengubah tetapan paparan skrin.

Atas permintaan pasaran untuk memaksimakan paparan skrin pada telefon pintar, syarikat pengeluar terpaksa menggunakan takuk untuk menyembunyikan kamera hadapan daripada paparan. Pengguna P20 akan menikmati paparan skrin LCD pada keluasan 5.8 inci manakala bagi P20 Pro pula dengan paparan skrin OLED yang lebih sedap mata memandang (bergantung kepada selera) yang bersaiz 6.1 inci. Kedua-duanya dengan paparan HD penuh 1080p.

2.P20 Pro Pemilik Tri-Kamera Utama Pertama di Dunia, P20 Masih Menakjubkan Dengan Dwi-Kameranya.



Peranti dengan kamera utama berkembar sudah terlalu biasa dilihat sejak kebelakangan ini. Bagaimana pula dengan peranti dengan tiga lensa kamera utama? Ya, Huawei telah melangkah selangkah di hadapan pesaing mereka dengan menggunakan tiga lensa kamera utama pada peranti P20 Pro.



Huawei P20 Pro akan hadir kamera utama dengan resolusi 40MP berfungsi untuk RGB. RGB (Red, Green, Blue) adalah satu ciri yang dikhaskan kepada pengesan kamera yang bertujuan untuk menangkap warna. Dengan ciri ini, ia akan membantu untuk meningkatkan kualiti warna pada imej yang diambil. Tambahan pula, kualiti yang ada pada lensa 40MP kamera utama ini membolehkan imej yang diambil bukan sahaja lebih jelas tetapi lebih terperinci.

Kamera kedua 20MP pula berfungsi untuk gambar monokrom. Kamera monokrom ini dihasilkan untuk untuk memberi anggaran yang mendalam bagi simulasi kesan bokeh serta imej yang di zoom atau imej yang ditangkap dalam keadaan pengcahayaan rendah. Selain itu, fungsi monokrom pada lensa ini membantu penangkapan butiran warna hitam putih pada gambar bagi memberikan imej terbaik dengan sokongan lensa 40MP RGB.



Kamera ketiga dengan resolusi 8MP pada P20 Pro ini direka cipta sebagai telefoto. Telefoto berfungsi untuk menangkap imej sesuatu subjek dari jarak yang jauh. Dengan kualiti kamera sebegini, anda akan dapat menggunakan fungsi 5x-hybrid zoom.

Walaupun mengambil gambar pada 5x zoom, kualiti imej sangat cantik dan tidak terjejas. Tak percaya? Kami sertakan imej dibawah sebagai bukti.

1X Zoom



3X Zoom ! 


5X Zoom !!!!



Manakala bagi model P20 pula, kamera berkembar 12MP dengan RGB + 20 MP monokrom juga tidak mengecewakan. Ia masih lagi boleh dianggap sebagai kamera bagi peranti kelas perdana.

Dalam pada itu, kedua-dua peranti ini menggunakan kamera hadapan 24MP dengan bukaan aperture f/2.0 dan ia turut menjanjikan kualiti imej yang sangat baik buat pengguna. Pengambilan gambar dalam suasana pengcahayaan rendah juga amat memuaskan.



Selain kualiti pada lensa kamera yang tak perlu dipersoalkan lagi, kamera kedua-dua peranti turut mempunyai sokongan teknologi Artificial Intelligence Stabilisation (AIS). Teknologi ini  akan mengeluarkan gegaran atau pergerakkan yang tidak diingini bagi membolehkan gambar dan video yang diambil  lebih stabil.



Kedua-dua model ini mendahului dari segi markah yang dikelolai oleh DXOMark dengan Huawei P20 Pro (109 markah) dan P20 (102 markah). Untuk pengetahuan pembaca, DXOMark merupakan pihak yang menilai standard kualiti imej dan lensa kamera bagi kamera dan telefon pintar dan markah yang sangat tinggi diberikan oleh mereka kepada dua peranti Huawei ini membuktikan kehebatan yang ada pada kamera Huawei P20 Pro dan P20.

Pendek kata, tidak kira anda mengambil gambar untuk tujuan suka-suka mahupun secara professional, Huawei P20 Pro dan P20 ini adalah peranti yang sempurna untuk anda.

3.Rupa Paras Peranti Yang Mengagumkan



Peranti ini mampu untuk memukau mata yang memandang dengan reka bentuk dan rupa parasnya yang sangat menarik. Dengan ketebalan yang sesuai serta penggunaan kaca pada bahagian belakangnya, dibantu dengan pilihan warna yang berubah tona mengikut sudut pandangan, Huawei P20 dan P20 Pro ini kami boleh katakan sebuah peranti paling seksi dan elegen ketika ini.



Kedua-dua peranti ini hadir dengan pilihan warna Hitam dan Biru manakala masing-masing satu lagi pilihan warna yang lain iaitu model Twillight untuk peranti P20 Pro serta Merah Jambu bagi peranti P20. Warna pilihan ‘Twilight’ dilihat menjadi tumpuan sejak ianya dilancarkan, dan ianya juga adalah terhad.

Untuk pengetahuan semua, satu majlis pelancaran model Twillight bagi peranti P20 Pro ini telah diadakan dan sambutan peminat kepada model ini amat memberansangkan. Keupayaan model ini untuk memukau mata peminat terbukti apabila kesemua 500 unit yang disediakan habis dijual dalam masa yang sangat singkat.

 



Dari segi binaan reka bentuk pula, Huawei telah melakukan tugas yang sangat baik dalam meletakkan kamera utama dalam kedudukan selari dan ia membuatkan meranti ini kelihatan seakan-akan kamera digital.



 

Dengan berat sekitar 165g dan ketebalan sekitar 7.7mm bagi model P20 serta 180g berat dan ketebalan 7.8mm bagi Huawei P20 Pro, peranti ini didapati amat selesa untuk dipegang.

4.Kuasa Dalaman Yang Seiring Dengan Kualiti Luaran



Dilengkapi dengan cip pemproses Kirin 970 yang dinaiktaraf untuk menyokong teknologi artificial intelligence (AI), ia akan membantu untuk kedua-dua model ini untuk beroperasi dengan lancar, cekap dan pantas. Dalam kata yang lebih mudah, peranti ini dijangka akan memberikan pengalaman penggunaan yang sempurna kapada pemiliknya.

Dengan sokongan memori RAM sebesar 4GB bagi peranti P20 dan 6GB bagi peranti P20 Pro, peranti ini dijangka tidak akan mengalami sebarang masalah untuk mengendali pelbagai aplikasi, menonton video, melayari internet atau bermain permainan video dengan lancar.

Jika anda suka menyimpan koleksi gambar dan video atau penggemar permainan video, storan sehingga 128GB akan memberikan ruang simpanan yang cukup bagi memenuhi keperluan anda. Maka, boleh dikatakan peranti terbaru Huawei ini adalah serba lengkap dari segi luaran dan dalaman.

5.Paras Harga Berbaloi



Harga kedua-dua peranti Huawei ini didagangkan pada RM 2,599 untuk model P20 manakala RM 3,299 untuk peranti P20 Pro semasa dilancarkan. Namun, selepas kerajaan mengumumkan pemansuhan GST bermula dari 1 Jun 2018, harga terbaru bagi kedua-dua peranti ini adalah pada RM 2,452 (Huawei P20) dan RM 3,112 (Huawei P20 Pro).

Jika anda bandingkan dengan beberapa peranti flagship di pasaran, kami berani mengatakan Huawei P20 Pro dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada yang sepatutnya. Tambahan pula ianya dibekalkan dengan bateri gergasi 4,000 mAh dan RAM 6GB. Tiga kamera utama bersama kamera selfie 24MP f/2.0! Senang cerita P20 Pro tapau semua fon kat pasaran ketika ini.

Kalau anda pengguna yang mengutamakan kualiti kamera, tidak dinafikan, siri Huawei P20 adalah pilihan muktamad untuk anda. Layari Vmall atau lawati mana-mana pengedar sah Huawei berhampiran untuk info lanjut berkenaan kedua-dua peranti terbaru keluaran Huawei ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk miliki Huawei P20 dan P20 Pro dan buat rakan-rakan anda cemburu dengan anda !

Terkini : Huawei Malaysia kini sedang menawarkan anda hadiah sejumlah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi apabila anda membeli telefon pintar terpilih daripada gerai Huawei melalui kempen ‘Gaya Raya Bersama Huawei’.



Kempen ini akan berlangsung bermula 18 May sehingga 17 Jun ini. Pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian 4 hari 3 Malam ke Tokyo Disneyland dan Bali, Indonesia menanti anda. Rebut peluang keemasan ini segera dan tampil bergaya dengan peranti terbaru Huawei anda pada Hari Raya nanti. Anda boleh ikuti laman Facebook Huawei Mobile MY untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini dan cara untuk menyertainya.

Selain itu, berkaitan dengan pengumuman pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun 2018 oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini, kini anda boleh memiliki produk keluaran Huawei pada harga yang lebih rendah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan harga jualan terbaru dari pihak Huawei, anda boleh melayari laman kedai atas talian rasmi Huawei di www.vmall.my.

Artikel ini dibawakan oleh Huawei Malaysia.