Ubisoft Umum Kehadiran The Division Buat Peranti iOS Dan Android

Permainan mudah alih semakin rancak dan banyak game daripada PC yang sudah serta akan dibawa masuk ke peranti telefon pintar. Sebagai contohnya ialah Tom Clancy's The Division Resurgence daripada Ubisoft ini.

the division resurgence android ios game

Setakat ini, kehadiran permainan mudah alih baharu ini sudah pasti dan disahkan Ubisoft tetapi tarikh pelancarannya masih sahaja yang belum diketahui lagi.

https://www.youtube.com/watch?v=1ePKQlHmIlM

The Division Resurgence merupakan satu sambungan daripada siri The Division di PC. The Division Resurgence akan menawarkan jalan penceritaan yang bersambung dengan Division 1 dan 2 dengan gaya permainan dunia terbuka (open-world).

Antara ciri menarik yang ditawarkan adalah mengawal melalui sentuhan dengan perspektif orang ketiga ketika beraksi. Selain itu, terdapat juga mod solo dan co-op untuk anda cuba.

Tidak lupa juga, Division Resurgence memberi gear dan senjata yang boleh anda ubah suai ikut gaya permainan yang anda suka. Anda yang berminat boleh mendaftar melalui pautan laman sesawang rasmi The Division Resurgence ini.

Permainan mudah alih ini bakal ditawarkan secara percuma kepada pemain untuk kedua-dua peranti Android dan iOS. Percubaan alpha tertutup pula akan dibuka tidak lama lagi untuk anda mencubanya.

Sumber: ubisoft