Naraka: Bladepoint Mobile telah diumumkan yang merupakan permainan mudah alih bertemakan ‘Battle Royale‘ dengan latar belakang petarungan mitos. Permainan ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan di platform PC.
Oleh itu, 24 Entertainment yang merupakan pembangun Naraka: Bladepoint telah mengumumkan kedatangan permainan ini ke telefon pintar pada 20 Mei lepas.
Berdasarkan video di atas, Naraka: Bladepoint Mobile menawarkan permainan dengan grafik yang matang dan berkualiti. Selain itu, kawalan dan antara muka permainan ini telah dioptimum bagi pengguna telefon pintar.
Buat masa ini, tiada sebarang pengumuman rasmi akan tarikh pelancaran Naraka: Bladepoint Mobile dalam peranti android dan iOS. Tetapi, kita boleh menjangkakan versi percubaan akan ditawarkan dalam masa terdekat.
Menurut hos kami Imran, pengalaman beliau bermain Naraka: Bladepoint di platform PC tidak begitu lancar walaupun ia mempunyai mekanik permainan yang unik.
Walau bagaimanapun, berita kedatangan Naraka untuk versi mudah alih membuat beliau teruja kerana di PC, ia perlu dibeli dan kebiasaannya di telefon pintar, semestinya ditawarkan secara percuma.
Sumber: TouchArcade
Baca juga: