Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Makin Rancak, Call of Duty: Warzone Akan Rasmi Untuk Versi ‘Mobile’

Posted on Mac 12, 2022

Arena permainan video untuk telefon pintar semakin hari semakin rancak. Menariknya, beberapa game  popular yang pada asalnya untuk platform PC akhirnya ditawarkan buat telefon pintar.

Sebagai contoh, PUBG, Fortnite, Wild Rift (League of Legends), Call of Duty serta Apex Legends sudah ditawarkan di telefon pintar. Malah, ia menerima sambutan agak baik daripada peminat.

Terbaru, Activision rasmi mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan bergenre Battle Royale Warzone khusus untuk platform mudah alih telefon pintar.

“This large-scale, battle royale experience is being built natively for mobile with cutting-edge technology designed to entertain gamers around the world for many years to come”

Berdasarkan kenyataan yang dibuat, ia boleh digambarkan bahawa versi mobile ini nanti mirip apa yang dilakukan EA menerusi Apex Legends Mobile.

We are building Call of Duty® Warzone™ for mobile! Apply today for exciting roles across the development and publishing teams!

More Information Here: https://t.co/3C39S1ITeI pic.twitter.com/J0rOw5W7eO

— Activision (@Activision) March 10, 2022

Bermakna, Call of Duty: Warzone Mobile ini bakal menerima feel seperti PC atau konsol tetapi ia dibangunkan khusus untuk telefon.

Walau bagaimanapun, berkemungkinan game tersebut lambat lagi akan dilancarkan memandangkan Activision kini sedang giat mencari pasukan baharu dalam pembangunannya.

Sumber: Activision

Baca juga:

  • NVIDIA Dilapor Akan Lancar RTX3090 Ti Akhir Bulan Mac Ini
  • Kemas Kini Baharu Galaxy S22 Dilepaskan, Tiada Lagi Had Prestasi Aplikasi

  • Biarpun Lebih 40 Juta Pelanggan, Tapi Hanya Sedikit Sahaja Aduan Berkaitan Internet Dibuat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress