Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

Diterbitkan Julai 22, 2017 ยท Dikemas kini Julai 22, 2017 oleh Wiser MY

Dengan dunia sekarang menuju ke arah era digital, prospek kerja di dalam kejuruteraan perisian dan pembangun aplikasi mula mendapat perhatian ramai.

Bahasa pengaturcaraan seperti C++ sangat sinonim dengan kerja-kerja pembangunan ini dan memerlukan seseorang yang betul-betul dedikasi memahami bahasa komputer ini.

Institut Jururtera Elektrikal dan Elektronik telah menyenaraikan 5 bahasa pengaturcaraan yang terkenal dan diguna pakai pada tahun 2017.

5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

  • Pyton

Pyton telah mendapat tempat pertama bagi kategori bahasa untuk tahun ini dan melompat 2 tempat dari tahun lepas.

Ia juga merupakan bahasa yang popular di dalam senarai deskripsi kerja dan juga terkenal di dalam hub sumber terbuka.

5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

  • C

Asal usul bahasa C boleh dikenal pasti dari awal tahun 1970 semasa Unix bermula.

Walaupun sudah berusia lama, C masih lagi relevan dan popular di kalangan sumber terbuka dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi.

5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

  • Java

Java pula adalah sebuah bahasa berorientasikan objek.

Bahasa ini dicipta oleh James Gosling di Sun Microsystems dan kemudian telah dibeli oleh Oracle.

Bahasa ini juga terlibat dengan kontroversi kerana Google telah menggunakannya di dalam sistem operasi Android.

5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

C++ muncil pada tahun 1983 dan telah menjadi bahasa pengaturcaraan yang mewujudkan bahasa-bahasa lain.

Bahasa ini selalu digunakan untuk sistem berskala besar untuk tujuan komersial termasuklah sistem operasi komputer yang terkenal.

5 Bahasa Pengaturcaraan Yang Mendominasi Pembangunan Pada Tahun 2017

  • C#

Terinspirasi dari not musik, C# kembali ke dalam senarai bahasa pengaturcaraan untuk tahun ini selepas kalah kepada R pada tahun lepas.

C# digunakan di dalam Microsoft .NET framework.

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY