4 Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu Tentang realme C11 

Penawaran demi penawaran dilakukan oleh realme, dari kelas permulaan sehinggalah kepada atasan. Semuanya terpulang kepada mana-mana model yang bersesuaian mengikut penggunaan dan bajet di poket.

Sedia menawarkan peranti permulaan dengan prestasi yang baik, realme kini tampil di Malaysia dengan model realme C11. Anda mungkin tertanya-tanya apakah penawaran yang dibawakan melalui model permulaan kali ini.



Bagi menjawab persoalan tersebut, berikut merupakan 4 perkara menarik yang perlu anda tahu tentang realme C11.
1. Kapasiti bateri mampu bertahan sehingga hari kedua

Salah satu aspek yang ditekankan pembeli sewaktu memilih peranti adalah kapasiti bateri. Sejak kebelakangan ini, pengeluar sudah mula menawarkan kapasiti lebih besar untuk produk mereka dan realme turut tidak ketinggalan untuk menyertainya.

realme c11 bateri

Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh, kita boleh menjangkakan penggunaan normal harian boleh mencecah hari kedua. Menurut realme, berdasarkan ujian makmal yang dijalankan mereka keatas realme C11, ia mampu bernyawa sehingga 40 hari pada mod Standby.

Sudah jelas, tiada keperluan lagi untuk anda mengusung powerbank ke hulu ke hilir. Bahkan realme C11 boleh diibaratkan sebagai “powerbank” kerana ia dilengkapi dengan ciri pengecasan berbalik OTG melalui port pengecasan USB-C. Sekiranya peranti lain anda kehabisan kuasa, boleh sambungkannya pada realme C11 menggunakan OTG dan kabel pengecasan.
2. Kamera bagus untuk kelas permulaan

Berstatus permulaan, pengeluar telah mempersenjatakan peranti ini dengan kelengkapan kamera yang sepadan dengan harga. Ia hadir dilengkapi dengan dwi kamera belakang terdiri daripada lensa utama 13MP (f/2.2) serta lensa potret 2MP (f/2.4).

realme rear camera

Melalui saiz aperture yang disediakan, kamera utama dilihat sudah mampu mengutip cahaya untuk penghasilan imej lebih jelas dan terang. Selain daripada itu, ia turut menyokong PDAF yang mana ciri fokus dapat dibuat dengan lebih tepat serta pantas. Pengguna juga boleh merakam gambar jarak jauh melalui fungsi zoom 4x.

Kombinasi antara kamera utama dan potret pada realme C11 ini menyajikan rakaman bokeh yang baik untuk peranti dalam segmen permulaan. Subjek dan latarbelakang kabur dipisahkan dengan kemas dan sudah memadai untuk dikongsikan terus pada media sosial.



Tidak terhenti disitu, penawaran kamera realme C11 dikuatkan lagi dengan kehadiran mod NightScape. Mod ini pertama kali hadir pada model realme 3 dan kini telah diwarisi kepada model model seterusnya. Mod ini menggunakan kecerdasan pintar, rakaman multi bingkai serta algoritma anti gegaran untuk mendapatkan hasil rakaman pada situasi kurang cahaya yang lebih baik.

Pada mod Nightscape, exposure akan ditingkatkan sedikit sementara bahagian gelap  diterangkan untuk menambah sedikit perincian. Mod yang dibangunkan oleh realme ini akan mengambil rakaman pada beberapa pendedahan cahaya yang berbeza sebelum digabungkan menjadi sebuah imej yang lebih terang serta jelas.
3. Sistem antaramuka yang ringkas dan mesra pengguna

Sejak diperkenalkan pada Januari lalu, peranti-peranti dari realme sedia mengoperasikan antaramuka realme UI. Sistem ini merupakan lapisan daripada ColorOS 7 yang berasaskan Android 10.



Ia tampil dengan ikon dan tema yang boleh dikatakan hampir kepada Android asli. Ringkas dan tidak sarat berbanding beberapa sistem antaramuka yang lain. Antara ciri menarik yang dimuatkan pada realme UI seperti:

  • Dual Mode Music Share - Pengguna fon telinga tanpa wayar dan berwayar boleh menikmati video atau muzik bersama-sama pada realme C11

  • Focus Mode - Hentikan gangguan seperti notifikasi disamping peranti memainkan muzik yang mampu menenangkan jiwa.

  • Personal Information Protection - Apabila ciri ini diaktifkan, sistem akan menghantar halaman informasi tanpa data kepada aplikasi yang meminta akses maklumat pengguna. Ini sekaligus memberi perlindungan tambahan dari kebocoran data.

  • Dark mode - Sudah tidak perlu dijelaskan lebih lanjut tentang bahagian ini. Ia lebih mesra mata dimana aplikasi dan paparan sistem akan bertukar kepada warna hitam. Ciri mod gelap pada realme C11 turut dioptimumkan untuk penggunaan aplikasi pihak ketiga. Anda juga boleh menetapkannya supaya aktif pada waktu malam dan tukar kepada mod biasa disiang hari secara automatik.


Menurut realme lagi, sistem antaramuka mereka berupaya mengurangkan masa pembukaan aplikasi sebanyak 25% selain meningkatkan lagi penggunaan bateri sekitar 10%.
4. Rekaan segar untuk golongan muda

Bagi anda yang menuruti penawaran siri C sejak awal lagi, ia didatangkan dengan rekaan yang menarik pada panel belakang. Mudah kata, realme C11 kali ini digubah dengan reka bentuk lebih berbeza berbanding model-model dalam siri yang sama sebelumnya. Terdapat dua pilihan warna yang boleh anda pilih bagi model kali ini iaitu Mint Green dan Pepper Grey.



Seperti ‘Mint’ dan ‘Pepper’ dalam masakan, warna-warna yang menyajikan visual unik  ini menepati selera pengguna masa kini. Bukan sekadar dilapisi warna-warna meriah, bahagian belakang itu mempunyai tekstur berjalur seakan cap jari, dihasilkan daripada teknologi ukiran dari Jerman.



Beralih ke rekaan hadapan, realme C11 dipasang dengan skrin  6.5 inci. Kamera 5MP ditugaskan untuk merakam dari bahagian hadapan dan ia diletakkan pada rekaan takuk.



realme menyatakan kawasan takuk itu 30.9% lebih kecil berbanding rekaan biasa kerana skrin paparan dibangunkan dengan proses lapisan yang terbaru. Melaluinya bahagian dan komponen dalaman dapat dipasang dengan lebih rapat, menghidangkan paparan bernisbah 88.7%.

Spesifikasi penuh

Sebelum kita menyimpulkan tentang penawaran realme C11 ini, adalah lebih baik kita lihat spesifikasi lengkap peranti ini.

  • Paparan IPS LCD 6.5 inci dengan resolusi 720p

  • RAM2GB/3GB

  • Storan 32GB dan menyokong kad MikroSD sehingga 256GB

  • Kamera belakang: 13MP + 2MP potret

  • Kamera hadapan 5MP

  • Bateri 5000mAh dengan pengecas 10W

  • realme UI berasaskan Android 10


Berdasarkan dengan kelengkapan yang diberikan, realme C11 mungkin menjadi pesaing terkuat dalam segmen permulaan. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan realme C11, ia bakal diperkenalkan secara rasmi pada esok, 30 Jun 2020.



Bagi yang berminat dengan realme C11, boleh ikuti pengumuman realme Malaysia pada tarikh yang disebutkan tadi.

Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia