Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Pendapat Dan Pandangan Steve Jobs Yang Sebenarnya Tak Betul

4 Pendapat Dan Pandangan Steve Jobs Yang Sebenarnya Tak Betul

Diterbitkan Mac 11, 2021 · Dikemas kini Mac 11, 2021 oleh Meor Hasyim

Sebagai salah seorang pengasas Apple, mendiang Steve Jobs sudah tentu mempunyai pandangan teknologi tersendiri. Walaupun pendapat Steve Jobs tentang teknologi lebih banyak betul, namun ada juga yang salah dan tidak tepat.

4 Pendapat Dan Pandangan Steve Jobs Yang Sebenarnya Tak Betul
Steve Jobs

Mari kita lihat 4 pendapat Steve Jobs yang tidak betul semasa hayatnya.

Tiada Siapa Mahukan Telefon Besar

Model-model iPhone awal seperti iPhone pertama, iPhone 3G sehinggalah kepada iPhone 5S kesemuanya adalah telefon yang kecil berbanding pesaing.

Ketika pengenalan iPhone 4 pada tahun 2010, ia dibelenggu masalah “antennagate”, rekaan antenna yang mengganggu pengguna ketika membuat panggilan.

Disebabkan ia menjadi masalah utama telefon itu, Apple telah membuat satu persidangan khas untuk menjelaskan isu ini.

Apabila ditanya adakah jika iPhone 4 direka dengan rekaan lebih besar, ia boleh mengelakkan masalah antennagate, Steve Jobs menjawab tiada siapa yang mahu beli telefon yang bersaiz besar kerana sukar untuk dipegang.

Pada tahun 2014, Apple memperkenalkan iPhone pertama bersaiz besar  mereka, iPhone 6 Plus. Ini adalah disebabkan terdapat permintaan tinggi untuk telefon dengan saiz itu jika melihat kepada jualan seperti Samsung Galaxy Note.

maxresdefault (3)
iPhone 6 Plus

Ironinya, siri pertama dengan iPhone bersaiz besar itu jugalah yang menjadi iPhone paling lari dalam sejarah penjualan iPhone setakat ini.

Servis Muzik Berasaskan Langganan Tidak Akan Kekal Lama

Ketika ditemu ramah oleh Rolling Stone pada tahun 2003, Steve Jobs telah ditanya pendapatnya mengenai perkhidmatan muzik berasaskan langganan.

Tetapi, Steve Jobs pada ketika itu sangat skeptikal dengan perkhidmatan sebegitu, menegaskannya sebagai perkara gagal, dan melabelkannya sebagai bisnes muflis.

Namun, itu adalah pada tahun 2003, yang mana sebuah telefon pintar pun belum dilancarkan, rangkaian 3G dan 4G masih belum meluas, dan konsep aplikasi mudah alih belum diketahui.

Hari ini, perkhidmatan seperti Spotify yang mempunyai 10 juta pelanggan telah membuktikan pandangan Steve Jobs salah, malah Apple pun turut ada servis muzik langganan mereka sendiri melalui Apple Music.

Tiada Siapa Mahu Tablet Bersaiz Kecil

Mungkin pendapat Steve Jobs yang paling tidak tepat, adalah pandangannya mengenai tablet bersaiz kecil.

Pada tahun 2010, iPad pertama telah dilancarkan dengan skrin bersaiz 9.7 inci. Tahun yang sama juga, Steve Jobs melihat jualan tablet bersaiz 7 inci semakin banyak terjual di pasaran.

Melihatkan jualan tablet bersaiz kecil yang semakin bertambah itu, Steve Jobs berseloroh mengatakan pengeluar yang menjual tablet bersaiz kecil perlu menyertakan sekali kertas pasir untuk mengecilkan tangan pengguna.

Hanya 2 tahun kemudian, Apple memperkenalkan iPad Mini, sebuah tablet kecil bersaiz 7.9 inci dan secara tidak diduga terjual lebih banyak dari iPad bersaiz besar.

4 Pendapat Dan Pandangan Steve Jobs Yang Sebenarnya Tak Betul
iPad Mini (2012)

Stylus? Tiada Siapa Yang Nak Guna

Semasa pelancaran iPhone pertama pada tahun 2007, ia adalah merupakan telefon pertama yang hadir dengan skrin sesentuh penuh.

Steve Jobs ketika memperkenalkannya mengatakan tiada siapa mahukan stylus jika skrin sudah penuh seperti iPhone.

Setelah iPhone diperkenalkan, telefon dengan stylus mula hilang sedikit demi sedikit.

Sehinggalah beberapa tahun kemudian, telefon pintar stylus muncul kembali dengan pasaran telefon stylus dipegang oleh Samsung melalui siri Note mereka.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY