4 Model Laptop ASUS Ini Datang Dengan Hadiah Menarik Melalui Promosi Mega Sales, Akan Tamat 30 Jun Ini

Evolusi dunia teknologi masa kini memerlukan seseorang mempunyai sebuah komputer yang lebih terkini. Bagaimana yang dikatakan dengan komputer yang lebih terkini itu?

Komputer terkini yang dimaksudkan adalah yang dilengkapi dengan rekaan ringan, tahan lama dan lebih pantas. Ia dapat membantu dalam memastikan kecekapan dalam melakukan sebarang tugasan. Melengkapkan sesebuah peranti yang lebih terkini adalah keupayaan untuk menjalankan tugasan sehingga tiga kali lebih pantas.



Seterusnya, ia mendorong setiap aplikasi atau perisian juga dapat dibuka dengan lebih pantas dan lebih responsif. Ini bermakna, tanpa sebarang masalah pelbagai program boleh dibuka dalam satu-satu masa.



Dalam melengkapkan ciri-ciri tersebut, ASUS menawarkan komputer riba dengan janaan cip Intel® Core™. Seperti yang terdapat pada ZenBook Duo, ScreenPad Plus menawarkan lebih ruang kreatif untuk para penggiat industri yang secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi produktiviti menerusi proses kerja yang lebih baik.

Mega Sale Intel

Ia dapat melaksanakan pelbagai tugasan berat mahupun memainkan permainan video dengan grafik berkualiti tinggi tanpa sebarang masalah dengan janaan cip pemprosesan Intel® Core™ i5.

Tidak hanya ASUS Zenbook Duo, penggunaan cip Intel® Core™ pada komputer riba ASUS yang lain juga mampu memberikan prestasi yang lebih baik. Untuk itu, dalam Intel® Mega Sales, GLOO menawarkan pelbagai produk ASUS yang menjalankan cip Intel® Core™ serendah RM2,099 dengan pakej bundle bernilai sehingga RM639.

Microsoft 365 Family


Menerusi pembelian produk dalam Intel® Mega Sales, GLOO menawarkan pakej bundle bernilai sehingga RM639 yang termasuk Microsoft 365 Family, bag galas, ShieldCare dengan 1 tahun lanjutan jaminan serta tetikus dan fon kepala tanpa wayar.

Mega Sale Intel

Dengan menggunakan Microsoft 365 Family, anda boleh berkongsi bersama 5 ahli keluarga yang lain (1+5) di mana ia termasuk akses aplikasi premium Office, 6TB storan cloud OneDrive (1TB bagi setiap orang) dan sekuriti bagi e-mel dan fail.

Bagi meningkatkan produktiviti dalam melakukan tugasan kerja, ia mampu dijalankan dalam pelbagai peranti serta mempunyai ribuan templat, stok gambar, ikon, dan jenis tulisan yang telah tersedia di Word, Excel, dan PowerPoint.

Menjadikan urusan lebih mudah adalah dengan keupayaan untuk mengakses dokumen dari OneDrive dan berkongsi daripada PC atau telefon pintar dengan orang lain. Dengan itu, tugasan kerja tidak hanya boleh dikongsi atau disunting, malah boleh dilakukan secara bersama dalam masa nyata.

Mega Sale IntelTidak hanya itu, GLOO juga menawarkan cabutan bertuah bagi setiap pembelian peranti ASUS tertentu yang dikuasakan dengan Intel® Core™. Melaluinya, anda berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM8,000. Pendaftaran boleh dilakukan melalui https://sns.com.my/mega-lucky-draw-with-intel/.

Tawaran ini berlangsung sehingga 30 Jun 2020 dan tersedia di:

Notebook plaza:

Selain dalam talian, promosi ini juga tersedia di ASUS Concept Stores:

  • L2-19, Central i-City

  • Level 4, The Mines

  • 39(B), Sunway Pyramid

  • 1-08F, Wangsa Walk Mall