Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data spr wide

Data Daftar Pengundi Pilihan Raya Didakwa Bocor Dan Dijual

Diterbitkan Februari 11, 2021 ยท Dikemas kini Februari 11, 2021 oleh Amsyar Latif

Isu pencerobohan dan penjualan data peribadi rakyat Malaysia bukan lagi perkara baharu. Terbaru, Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah menerima laporan terhadap kebocoran data rakyat Malaysia.

Perkara ini dilaporkan menerusi omghackers dan Lowyat.net dimana mereka mendapat maklumat bahawa data 10 juta rakyat yang berada dalam senarai daftar pengundi pilihan raya telah bocor.

data spr

Kemudian, sekitar 200,000 data peribadi orang awam dijual pula di platform e-dagang tempatan yang dikenali Ifmal.

Selain itu, data ini merangkumi nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon kawasan parlimen serta dewan undangan negeri (DUN) pengundi.

data spr 1

Susulan daripada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini sedang giat menjalankan siasatan dan akan mengeluarkan kenyataan bagi menerangkan apa yang berlaku.

Dalam pada itu, Ifmal dalam kenyataan di Facebook pula menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa tuduhan ini adalah fitnah untuk menjatuhkan mereka.

Sumber: omghackers, Lowyat.net via berita harian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY