Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Web Mungkin Hadir Dengan Ciri Keselamatan Melalui Imbasan Cap Jari

4 Ciri Baru Akan Diperkenalkan Pada Tetapan ‘wallpaper’ Aplikasi WhatsApp

Diterbitkan November 17, 2020 oleh ariff bukhari

WhatsApp dikhabarkan sedang menguji 4 ciri baru yang membolehkan pengguna melakukan tetapan khusus ke atas ‘wallpaper’ dalam aplikasi tersebut.

Ciri yang dikenali sebagai Advanced Wallpaper features itu sedang ditawarkan pada pengguna WhatsApp versi Beta di platfom iOS dan Android.

Tetapan terbaru yang akan diperkenalkan pada ‘wallpaper‘ WhatsApp adalah pengguna akan boleh menetapkan ‘wallpaper’ khusus pada setiap ruang sembang yang berbeza.

Malah pengguna juga boleh menetapkan tahap kesamaran (opacity) wallpaper tersebut.

Juga sebanyak 61 wallpaper baru akan diperkenalkan yang terdiri daripada 32 imej untuk tetapan mod cerah dan 29 lagi untuk tetapan mod gelap WhatsApp.

Selain itu, pengguna juga akan boleh melapisi (overlay) Doodle ke atas wallpaper WhatsApp.

Semua ciri baru ini dijangka akan ditawarkan kepada semua pengguna WhatsApp secara berperingkat dalam kemas kini akan datang.

Sumber: Wabeta Info

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY