3 Isu Keselamatan Data Yang Amat Dirisaukan Pengguna Di Malaysia

9 Dari 10 Pengguna di Malaysia sangat bimbangkan isu pencerobohan data.


Pihak penyelidik dari Unisys telah mengeluarkan laporan Status Indeks Keselamatan Data Di Malaysia Bagi Tahun 2019.

Hasil daripada penyelidikan itu mereka mendapati, 9 daripada 10 atau bersamaan dengan 88% pengguna di Malaysia didapati amat bimbangkan (ekstrim) terhadap isu akses ke atas data atau penyalahgunaan data peribadi mereka.

87% pengguna pula didapati amat bimbangkan terhadap isu pihak lain mendapatkan atau menggunakan info kad kredit/debit mereka.

Manakala 78% begitu bimbangkan isu penggodaman atau serangan virus.

Menurut Unisys, kebanyakkan kebimbangan itu adalah hasil daripada pengalaman yang pernah mereka hadapi sendiri.

Malah didapati 47% pengguna di Malaysia memaklumkan bahawa mereka sendiri atau individu yang dikenali mereka telah pernah berdepan masalah pencerobohan data sepanjang tahun 2019 lalu.

Kes pencerobohan yang paling banyak didepani mereka adalah penipuan (scam) iaitu sebanyak 19% dan isu penggodaman ke atas akaun sosial milik mereka iaitu sebanyak 15%.

Unisys juga mendedahkan, 1 daripada 3 pengguna di Malaysia tidak lagi berurusan dengan organisasi yang menghadapi isu pencerobohan data tahun lalu.