Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
blackberry tcl

BlackBerry Kukuhkan Keselamatan Siber Malaysia

Diterbitkan November 20, 2023 · Dikemas kini November 20, 2023 oleh ariff bukhari

Malaysia menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memeterai perjanjian perisian dan perkhidmatan jangka panjang dengan BlackBerry Ltd bagi mengukuhkan kedudukan keselamatan siber negara.

Perjanjian itu termasuklah untuk meramal dan mencegah serangan siber, NATO-certified BlackBerry® SecuSUITE® untuk komunikasi selamat, BlackBerry® UEM (Unified Endpoint Management) untuk melindungi data kerajaan dalam kalangan tenaga kerja perayauan dan BlackBerry® AtHoc® digunakan oleh kerajaan di seluruh dunia untuk pengurusan acara penting dan respons insiden.

BlackBerry Kukuhkan Keselamatan Siber Malaysia
Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil menghadiri mesyuarat bersama pihak Blackberry bagi membincangkan perihal keselamatan siber di San Francisco, Amerika Syarikat. Kredit: FB Mohamad Fauzi Md Isa.

Menurut BlackBerry, perjanjian itu akan membolehkan kerajaan Malaysia memanfaatkan rangkaian penyelesaian keselamatan sibernya yang dipercayai sepenuhnya dan menyokong integriti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selain meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara itu dengan teknologi dan latihan keselamatan siber termaju.

BlackBerry juga dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka akan menubuhkan Pusat Kecemerlangan Cybersecurity (CCoE) bertaraf dunia di Kuala Lumpur pada 2024 yang akan menawarkan latihan khusus untuk memajukan kapasiti dan kesediaan keselamatan siber Malaysia, dengan matlamat mengurangkan kekurangan 12,000 profesional siber negara.

“Kerajaan Kanada mengalu-alukan penubuhan CCoE dan merancang untuk bekerjasama rapat dengan BlackBerry, Kerajaan Malaysia dan CCoE untuk menyampaikan bantuan pembinaan kapasiti keselamatan siber ke Asia Tenggara, seperti yang dimandatkan di bawah Strategi Indo-Pasifik Kanada.” BlackBerry.

Berkaitan

  • Naik Taraf Sistem Telefon Pintar Android Selesaikan Isu Hayat Bateri
  • Awasi 3 Tanda Ini, Akaun Gmail Anda Mungkin Telah Digodam
  • Tak Sampai Sehari, Nothing Chats Dialih Keluar Dari Google Play Store

Sumber: BlackBerry

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY