Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

OPPO Kekal Sebagai Jenama Telefon Pintar Kedua Paling Popular Di Malaysia

Posted on Ogos 14, 2019Ogos 14, 2019

OPPO terus kekal menjadi pilihan utama pengguna di Malaysia sejak 2018.

Berdasarkan kepada data daripada laporan terbaru oleh penyelidik dari Canalys, OPPO terus kekal sebagai jenama telefon pintar utama di Malaysia.

Peningkatan jualan sebanyak 23% berbanding suku ke-2 tahun lalu membolehkan pengeluar telefon pintar dari China itu kekal di tangga ke-2 sebagai jenama telefon pintar paling popular di Malaysia.

Malah OPPO terus meningkat sebagai jenama pilihan utama oleh pengguna telefon pintar di Malaysia sejak suku ke-3 tahun 2018 lagi.

Ia sekaligus menjadikanOPPO sebagai jenama ke-2 yang paling cepat meningkat naik di Malaysia (selepas Xiaomi) berbanding pengeluar telefon pintar yang lain.

Kehadiran model telefon pintar ‘flagship‘ terbaru yang dilengkapi dengan spesifikasi berkuasa termasuklah kamera dengan keupyaan zoom digital sehingga 60x yang pertama di pasaranserta penggunaan cip pemprosesan berkuasa Snapdragon 855 serta RAM berkapasiti 8GB yang ditawarkan pada harga yang amat berpatutan telah menjadikan OPPO sebagai pesaing utama kepada pengeluar telefon pintar yang lain.

Tidak hanya di Malaysia, OPPO juga turut menjadi pilihan utama pengguna di Indonesia di mana OPPO merupakan jenama telefon pintar paling popular di negara tersebut.

The smartphone market in Indonesia recorded the best performance to date, shipping 11.4 m units and growing 8.9% YoY in Q2 2019. Oppo outgrew Samsung to lead the market for the first time thanks to strong offline coverage, while competition from the online channel is heating up. pic.twitter.com/k3Z7118hWg

— Canalys (@Canalys) August 12, 2019

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress