Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Dengan Kerjasama Google Mahu Cipta 300 Ribu Peluang Kerja Di Malaysia

Google Lancar 2 Inisiatif Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran AI

Diterbitkan Mac 21, 2024 oleh ariff bukhari

Google hari ini mengumumkan dua inisiatif untuk melengkapkan belia Malaysia dengan kemahiran masa depan yang tertumpu pada kecerdasan buatan (AI) dan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam dengan bantuan alat produktiviti berasaskan awan dipacu AI.

Google berkata, inisiatif pertama melibatkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk meningkatkan kemahiran belia tempatan daripada pelbagai latar belakang dengan menyediakan 161 universiti awam, politeknik dan kolej komuniti di Malaysia dengan sehingga 500 biasiswa Sijil Kerjaya Google sehingga akhir 2024.

Sementara, inisiatif kedua pula melibatkan Jabatan Digital Negara untuk memulakan inisiatif strategik untuk menggunakan Google Workspace kepada 445,000 pegawai awam.

Inisiatif baharu ini adalah sebahagian daripada kerjasama strategik yang diumumkan pada Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco tahun lepas, diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Google Lancar 2 Inisiatif Lengkapkan Belia Malaysia Dengan Kemahiran AI
Fahmi Fadzil bersama En. Karan Bhatia, Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Global Google.

Selain itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil telah mengadakan pertemuan dengan wakil daripada Google yang diketuai oleh En. Karan Bhatia, Ketua Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Global bagi membincangkan isu-isu keselamatan dalam talian termasuk pornografi melibatkan kanak-kanak.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Sumber: The Star, Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY