Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Avast Diserang Menerusi Servis VPN Yang Ditawarkan Mereka

Versi Percuma Perisian Antivirus Avast Dan AVG Didakwa Mengutip Dan Menjual Data Peribadi Pengguna

Diterbitkan Januari 28, 2020 · Dikemas kini Januari 28, 2020 oleh ariff bukhari

Setiap carian, klik dan item yang dibeli pengguna dari semua laman sesawang yang dilawati dijual data pengguna kepada pihak ketiga.

Hasil penyelidikan bersama antara pihak Motherboard dan PCMag ke atas  pendedahan Jumpshot, didapati data pengguna versi percuma perisian antivirus Avast dan AVG telah dijual kepada pihak ketiga.

Ia merupakan dakwaan kedua ke atas Avast dan AVG selepas pada Oktober tahun lalu, Avast Online Security Extension serta AVG Secure Browser didapati mengintip serta menjana keuntungan daripada data pengguna mereka.

Motherboard dan PCMag mendakwa, data yang dikutip dan dijual dari data pengguna versi percuma perisian antivirus itu termasuklah hasil carian, lokasi GPS dari Google Maps, laman sesawang LinkedIn, YouTube serta dari laman porno.

Ringkasnya, setiap carian, klik yang dibuat, item yang dibeli dari pelbagai laman sesawang serta kesemua data yang dilawati pengguna ke atas semua laman sesawang yang dilawati mereka sebelum ini telah dijejaki seterusnya dijual kepada lebih daripada 24 syarikat asing.

Syarikat-syarikat asing itu termasuklah Home Depot, Yelp, Microsoft dan Google.

Ketika ini Avast mendakwa, mereka mempunyai lebih daripada 435 juta pengguna aktif di seluruh dunia.

Berikutan penemuan itu, Motherboard dan PCMag telah menghubungi pihak Avast bagi penjelasan lanjut.

Pihak Avast telah memberi respon berikut,

“Because of our approach, we ensure that Jumpshot does not acquire personal identification information, including name, email address or contact details, from people using our popular free antivirus software.”

“Users have always had the ability to opt out of sharing data with Jumpshot. As of July 2019, we had already begun implementing an explicit opt-in choice for all new downloads of our AV, and we are now also prompting our existing free users to make an explicit choice, a process which will be completed in February 2020,”

“We have a long track record of protecting users’ devices and data against malware, and we understand and take seriously the responsibility to balance user privacy with the necessary use of data,”

Jadi, kepada pengguna versi percuma perisian antivirus Avast atau AVG, jika anda pentingkan data privasi anda, anda boleh memilih untuk tidak berkongsikan data anda kepada pihak ketiga menerusi tetapan Personal Privacy.

Versi Percuma Perisian Antivirus Avast Dan AVG Didakwa Mengutip Dan Menjual Data Peribadi Pengguna
Tetapan privasi perisian antivirus Avast. Tandakan hanya pada kotak yang perlu sahaja. Menu > Settings > General > Personal Privacy. Kredit: Avast

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY