Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Image 5

Selepas 60 Tahun, Cawangan A&W Akhirnya Tiba Di Negeri Paling Utara Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 19, 2023 · Dikemas kini Oktober 19, 2023 oleh ariff bukhari

Jenama rangkaian restoran makanan segera, A&W hari ini mengumumkan pembukaan cawangan A&W baharu di Bandar Kangar, Perlis. Ketibaan di Kangar ini sekaligus menjadikan A&W kini boleh didapati di setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Pembukaan cawangan ini adalah lanjutan daripada pelancaran cawangan ke-100 A&W di Sierra 16 di Puchong, Selangor, diikuti oleh sebuah lagi di Terminal 2 KLIA.

Image 2-4

Satu keunikan A&W di Kangar ini adalah ia menawarkan perkhidmatan 24 jam kepada komuniti setempat; 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Ini bermakna bahawa penduduk Perlis dan juga pelawat yang singgah ke negeri ini dapat menikmati makanan A&W kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja, pada waktu siang mahupun malam dan menjadikannya tempat tumpuan, termasuk untuk mendapatkan kudapan lewat malam di Kangar.

Selain itu, restoran A&W baharu di Kangar ini turut akan menawarkan kemudahan perkhidmatan pandu lalu.

A&W mula ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1963. Syarikat itu kini  menyasarkan untuk mencapai 130 cawangan di seluruh negara menjelang 2024.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati

Sumber: Siaran media A&W

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY