Cara Menebus Data Internet 1GB Percuma Untuk Pengguna Pascabayar Dan Prabayar

Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), telah mengumumkan pemberian 1GB data percuma dilanjutkan sehingga 31 Julai 2021 ini.

Sebanyak 5 syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U-Mobile dan Telekom Malaysia (TM) telah bersetuju untuk melanjutkan pemberian 1GB data harian percuma kepada semua pelanggan mereka masing-masing sehingga tarikh tersebut.

Pemberian 1GB data harian percuma itu ditawarkan kepada semua pengguna Postpaid (Pascabayar) dan Prepaid (Prabayar).

Jadi di sini dikongsikan cara untuk anda menebus 1GB data harian percuma mengikut penyedia perkhidmatan telekomunikasi masing-masing:-

CELCOM


Penebusan data percuma 1GB untuk pelanggan Celcom boleh dibuat menerusi aplikasi Celcom Life app di bahagian MyDeals.

Data percuma itu tidak terpakai untuk penggunaan media sosial, strim video, permainan atas talian dan strim muzik.

Ia hanya terpakai untuk aplikasi-aplikasi kerajaan termasuklah MySejahtera, MyTrace, Gerak Malaysia dan melayari semua laman sesawang kerajaan.

Untuk info lanjut layari laman rasmi Celcom.

DIGI


Bagi pelanggan DIGI, anda boleh menebus data percuma 1GB tersebut dengan dail ke nombor berikut:-

Prepaid (Prabayar) - UMB *338*1*1#

Layak dipohon oleh pelanggan prabayar Digi New Best v1, Digi New Best v2, Digi Smart Plans, Digi Best 2016, Digi Best 2017, Digi Prepaid LiVE, Digi Monthly Plan 28, Digi Abadi dan Digi Home Broadband (Prepaid Broadband) 

Postpaid (Pascabayar) - UMB *238*1*1#

Layak dipohon oleh semua pelanggan Digi Postpaid dan Business - Voice & Broadband plans. 

Untuk info lanjut layari laman rasmi DIGI

MAXIS


Pelanggan Maxis pula boleh menebus data percuma 1GB ini melalui aplikasi Maxis app, Hotlink app, Hotlink Postpaid app dan Maxis Business app.

Ia ditawarkan kepada semua pelanggan Maxis, Hotlink Postpaid, Hotlink Prepaid dan Maxis Business.

Berikut adalah panduan tebus data 1GB percuma sepertimana yang telah disediakan Maxis:-



Kapsyen: Senarai aplikasi dan laman sesawang yang boleh diakses menggunakan data percuma 1GB Maxis, termasuklah eKelas.


Kapsyen: Senarai platfom media sosial yang tidak termasuk dalam pelan data 1GB percuma Maxis.


Untuk info lanjut layari laman rasmi Maxis.

U Mobile


Untuk pelanggan U Mobile, anda boleh menebus data 1GB percuma ini menerusi SMS: FREE1GB ke 28111.

Ia layak dipohon oleh semua pelanggan Postpaid (Pascabayar) dan Prepaid (Prabayar) U Mobile (kecuali WeChatGo).

Kapsyen: Laman sesawang, aplikasi, sosial media dan servis yang tidak termasuk dalam data 1GB percuma  U Mobile.


Untuk info lanjut layari laman rasmi U Mobile.

Telekom Malaysia (TM)


Untuk pelanggan TM pula, pengguna pascabayar unifi Mobile 19, 29, 39, 59 dan pascabayar Unifi Mobile Biz 39 dan 59 layak menebus data 1GB percuma ini.

Pelanggan pelan TM tersebut akan diberikan data percuma 1GB secara automatik.

Sementara bagi pelangggan Unifi Mobile #BEBAS, anda boleh memohon data percuma itu melalui aplikasi mobile@unifi dan klik pada tab r ‘Data’ > ‘Buy Now!’ > “Free Daily 1GB



Berikut adalah senarai aplikasi dan laman sesawang yang termasuk dalam penggunaan data 1GB percuma TM:-

  • Gerak Malaysia app

  • Mysejahtera app

  • Mytrace app

  • www.moh.gov.my

  • www.pmo.gov.my

  • https://stayalert.my

  • www.who.int

  • http://jknkedah.moh.gov.my/v3/

  • http://jknkelantan.moh.gov.my/v3/

  • http://jknjohor.moh.gov.my/bmv/

  • https://jknns.moh.gov.my/

  • https://jknmelaka.moh.gov.my/xs/index.php

  • https://jknmelaka.moh.gov.my/xs/index.php

  • http://jknperak.moh.gov.my/v4/index.php/my/

  • http://jknpenang.moh.gov.my/jknpenang/index.php/
    my/

  • http://jknsabah.moh.gov.my/V8/index.php/en/

  • https://jknsarawak.moh.gov.my/v2/bm/

  • http://www.jknselangor.moh.gov.my/

  • http://jknterengganu.moh.gov.my/v1/

  • http://jknkl.moh.gov.my/en


Untuk info lanjut, layari laman rasmi Unifi.com.my.

Berkaitan