Kes tersebut telah ditangani oleh pihak Malindo Air.
Pada 18 September lalu, syarikat penerbangan Malindo Air Malaysia telah digemparkan dengan dakwaan pencerohohan data peribadi penumpang mereka oleh pihak penyelidik keselamatan Kaspersky.
Susulan daripada dakwaan tersebut, pihak Malindo Air telah segera menjalankan siasatan bagi menyiasat dakwaan tersebut dengan bantuan pelbagai pihak termasuklah CyberSecurity Malaysia, Agensi Keselamatan Siber Negara (Nacsa) dan Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia serta pihak berkuasa lain di luar negara.
Maka, selepas hampir seminggu sisatan dijalankan mereka mendapati, dua bekas pekerja syarikat penyedia servis e-dagang, GoQuo (M) Sdn Bhd yang berpusat di India telah melakukan salah laku dan mencuri data peribadi pelanggan mereka.
Susulan daripada penemuan itu, ia telah dilaporkan kepada pihak polis di kedua-dua negara iaitu Malaysia dan India. Pihak Malindo Air juga telah mengumumkan bahawa insiden kebocoran data pelanggan mereka ke dalam talian baru-baru ini, telah pun ditangani oleh pihak mereka.
Malah mereka juga menegaskan bahawa kes ini tidak ada kaitan dengan keselamatan seni bina data atau pembekal awan mereka, Amazon Web Services. Mereka juga menjamin semua sistem Malindo Air selamat sepenuhnya dan tiada maklumat pembayaran pelanggan mereka yang terjejas akibat insiden tersebut.
Namun begitu, sebagai langkah proaktif, khidmat pakar-pakar forensik data dan keselamatan siber telah digunakan bagi mengkaji semula semua proses dan infrastruktur data yang sedia ada oleh Malindo Air.
Mereka juga telah memulakan pengesetan semula automatik semua kata laluan pelanggan dan menasihatkan kepada semua pelanggan mereka supaya berhati-hati dengan sebarang panggilan atau menerima e-mel yang mencurigakan.
Berkaitan
- AirAsia Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Paling Selamat Di Dunia
- Google Sahkan Tidak Lagi 'Back Up' Internet, Ciri Cache Data Laman Sesawang Dimatikan
- Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih
- Google Tiada Masalah Hapuskan Data Dikumpul Tanpa Kebenaran Dari 'Chrome Incognito'
- Avast Menjawab Dakwaan Menjual Data Pengguna Mereka
- iPhone 12 Mungkin Akan Didatangkan Sekali Bersama AirPods
- Touch n Go eWallet Tawar Servis Untuk Kesan Jika Ada Kebocoran Data Anda Di Internet
- Pasukan Asus Catat Rekod Dunia 'Overclock', Sejukkan Cip Dengan Cecair Helium
- 8 Negara Menandatangani Kerjasama Ekplorasi Angkasa Lepas Dengan NASA
- Air Asia Menghalang Sebahagian Model Macbook Pro Dibawa Naik Ke Pesawat Mereka