Pihak Malindo Air dan penyedia servis data mereka sedang menyiasat perkara ini.
Susulan laporan oleh firma keselamatan siber, Kaspersky Lab yang mendakwa lebih kurang 30 juta data penumpang syarikat penerbangan itu dan syarikat sekutunya, Thai Lion Air didedahkan di forum dalam talian, pihak Malindo telah respon kepada dakwaan tersebut.
Malindo Air memaklumkan bahawa mereka sudah pun memberitahu pihak berkuasa di peringkat antarabangsa berhubung insiden ini dan menasihatkan para pelanggan mereka dengan akaun kekerapan penerbangan dalam talian supaya menukar kata laluan akaun masing-masing dengan segera.
Malindo juga kini mula menjalankan siasatan dalaman yang dibantu oleh pihak penyedia perkhidmatan data luaran untuk Malindo iaitu Amazon Web Services (AWS) dan GoQuo.
Selain itu, Malindo juga sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan termasuk CyberSecurity Malaysia bagi menyiasat lebih lanjut perkara ini.
"Malindo Air has put in adequate measures to ensure that the data of our passengers is not compromised in line with the Malaysian Personal Data Protection Act 2010. We also do not store any payment details of our customers in our servers and are compliant with the Payment Card Industry (PCI) Data Security Standard (DSS)." Malindo Air .
Walaubagaimanapun, Malindo tidak memberikan lebih lanjut maklumat ke atas siasatan itu, termasuk jumlah pelanggan yang terkesan dengan isu ini.
Dalam laporan oleh Kaspersky Lab, mereka mendakwa maklumat penumpang Malindo Air yang dibocorkan termasuklah butiran pasport, alamat dan nombor telefon penumpang.
Malah mereka turut mendakwa, sebahagian daripada pangkalan data yang dibocorkan itu ada dijual dalam laman pasaran gelap.
Berkaitan
- Siri Aksi Sebenar Avatar: The Last AirBender Bakal Tiba Di Netflix
- Selangor Menawarkan Data Internet Percuma Selama Setahun
- El Niño Semakin Memanas Diramal Berlaku Dalam Beberapa Bulan Akan Datang - WMO
- AirAsia Mempertingkatkan Perkhidmatan Jalur Lebar Di Dalam Pesawat Mereka Menerusi AirAsia WiFi+
- Facebook Lancar Aplikasi Study, Pengguna Akan Dibayar Untuk Data Yang Diambil
- Apple Malaysia Bagi Percuma Apple Pencil Dan AirPods Dalam Kempen Terbaru
- Guna WiFi Dalam Penerbangan AirAsia Melalui ROKKI
- Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia Penggunaan Data Mudah Alih
- Telefon Pintar Samsung Dapat Ciri "Repair Mode" Bagi Melindungi Data Peribadi
- Bateri Lithium-Ion Mencair Di Fasiliti Penyimpanan Bateri Lithium-Ion Terbesar Dunia