Harga Rasmi Huawei P10, P10 Plus dan P10 Lite Diumumkan Secara Rasmi

Pada majlis pelancaran peranti flagship Huawei P10 dan P10 Plus semalam, Huawei Malaysia turut memperkenalkan variasi kelas bawahan P10 Lite dan Nova Lite. Pada acara yang sama juga Huawei turut berkesempatan untuk mempersembahkan Huawei Watch 2 dan Huawei Watch 2 Classic.

Untitled

Model Huawei P10 dibina dengan cip pemprosesan Kirin 960 bersama RAM bersaiz 4GB dan memori dalaman 64GB. Ianya mempunyai skrin berukuran 5.1 inci pada resolusi 1080p. Dari segi kamera pula, ianya memiliki dua sensor Leica di bahagian belakang iaitu pada 12-Megapixel dan 20-Megapixel (Summarit Lens). Kamera dibahagian depan pula adalah 8-Megapixel bersama F1.9. Ianya dimuatkan dengan bateri 3200mAh dan dijual pada harga RM 2499 bermula 31 March ini.

Untitled

Model Huawei P10 Plus pula merupakan model kelas atasan untuk line-up kali ini. Dibina dengan cip pemprosesan Kirin 960 bersama RAM sebesar gajah 6GB dan memori dalaman 128GB. Ianya mempunyai papran skrin bersaiz 5.5 inci pada resolusi yang lebih tinggi iaitu pada 1440p. Manakala dari segi kamera pula P10 dilengkapi dengan dua sensor Leica (Summilux Lens) pada 12-Megapixel dan 20-Megapixel bersama aperture F1.8. Ianya dimuatkan dengan saiz bateri 3750mAh dan akan mula dijual pada harga RM 3099 bermula 15 April 2017 ini.

Penawaran paling berspesifikasi rendah adalah Huawei P10 Lite. P10 Lite dilengkapi dengan cip pemprosesan sedikit rendah Kirin 655, RAM 4GB, storan dalaman 32GB bersama paparan skrin berukuran 5.2-inci, dan kamera belakang 12-megapixel serta kamera hadapan 8-megapixel. Ia turut mempunyai bateri berkapasiti 3000mAh dan dijual pada harga RM1299.

Untitled

Pada masa yang sama Huawei turut mempersembahkan Huawei Watch 2 yang beroperasi dengan Android Wear 2.0. Namun pihak Huawei Malaysia mengatakan mereka dalam perancangan untuk membawa peranti ke pasaran tempatan. Mereka juga turut memberitahu tiada tarikh dan harga yang ditetapkan buat masa ini.