Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelitup muka face mask

15 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kelonggaran Pemakaian Pelitup Muka

Diterbitkan September 19, 2022 oleh ariff bukhari

Kerajaan telah mengumumkan kelonggaran protokol pemakaian pelitup muka pada 7 September 2022.

Walaubagaimanapun, masih terdapat kekeliruan dengan situasi yang memerlukan anda untuk memakai pelitup muka.

Jadi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah berkongsikan 15 perkara keperluan pemakaian pelitup muka.

1. Ruang tertutup berhawa dingin

Pemakaian pelitup muka di dalam pejabat adalah pilihan individu, tetapi adalah digalakkan memakainya.

Penjarakan fizikal antara individu sekurang-kurangnya 1 meter juga digalakkan.

2. Pelajar di dalam kelas

Pemakaian pelitup muka di dalam kelas adalah pilihan pilihan, tetapi para pelajar adalah digalakkan memakainya.

3. Pelajar di dalam bas

Pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam adalah diwajibkan. Ibu bapa bertanggungawab memastikan pelajar memakai pelitup muka ketika menaiki bas.

4. Di dalam lif

Pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam lif adalah pilihan individu.

5. Acara seperti konsert atau perlawanan sukan di tempat terbuka

Seseorang itu tidak perlu memakai pelitup muka semasa berada di luar bangunan. Tetapi anda digalakkan memakai pelitup muka jika keadaan tresebut sesak dan tiada penjarakkan sosial.

6. Acara seperti konsert atau perlawanan sukan di tempat tertutup

Anda tidak diwajibkan memakai pelitup muka semasa berada di dalam bangunan. Tetapi anda digalakkan memakai pelitup muka jika keadaan tresebut sesak dan tiada penjarakkan sosial.

7. Lapangan terbang/terminal/stesen bas/keretapi

Pemakaian pelitup muka semasa berada di lapangan terbang/terminal feri/stesen bas/stesen keretapi adalah pilihan anda.

Walau bagaimanapun, adalah amat digalakkan anda memakai pelitup muka ketika berada di tempat tersebut dalam keadaan bersesak dengan orang lain.

Adalah wajib untuk anda memakai pelitup muka sepanjang perjalanan semasa berada di dalam kapal terbang/feri/bas/keretapi.

8. Masuk ke premis yang berada di dalam lapangan terbang/terminal/stesen bas/keretapi

Walaupun pemakaian pelitup muka adalah pilihan anda semasa berada di dalam premis yang terletak di dalam di lapangan terbang/terminal feri/stesen bas/stesen keretapi, tetapi pihak premis masih berhak menetapkan keperluan pemakaian pelitup muka kepada pengunjungnya.

9. Individu positif COVID-19 keluar dari rumah

Jika anda positif COVID-19, anda diwajibkan menjalani isolasi dan mengikut protokol semasa dan tidak dibenarkan keluar rumah.

Pesakit COVID-19 juga wajib memakai pelitup muka jika perlu ke fasiliti kesihatan atau hospital (sepanjang perjalanan pergi dan balik serta berada di sana).

10. Individu positif COVID-19 berada di dalam rumah

Individu positif COVID-19 adalah diwajibkan memakai pelitup muka jika perlu bersemuka dengan ahli keluarga.

Tetapi jika seisi rumah positif COVID-19, pemakaian pelitup muka adalah tidak diwajibkan.

11. Tempat ibadat

Mereka yang berkunjung ke tempat-tempat ibadat seperti masjid, tokong, kuil dan gereja diberi pilihan untuk memakai atau tidak pelitup muka.

Walau bagaimanapun, adalah amat digalakkan anda memakai pelitup muka ketika berada di tempat tersebut dalam keadaan bersesak dengan orang lain.

12. Tidak bergejala dan sihat

Anda diberi pilihan untuk memakai pelitup muka jika ingin ke farmasi yang tidak berada di fasiliti kesihatan.

Walau bagaimanapun pihak premis masih berhak menetapkan keperluan pemakaian pelitup muka kepada pengunjungnya.

13. Pusat beli-belah, stadium, pasar malam dan lain-lain

Pengunjung diberi pilihan untuk memakai pelitup muka semasa berada di pusat beli-belah, stadium, pasar malam dan tempat-tempat lain yang seumpamanya.

Walau bagaimanapun, adalah amat digalakkan anda memakai pelitup muka ketika berada di tempat tersebut dalam keadaan bersesak dengan orang lain.

Tetapi pihak premis masih berhak menetapkan keperluan pemakaian pelitup muka kepada pengunjungnya.

14. Individu demam dan selsema ke farmasi

Individu yang demam dan selsema yang inginke farmasi adalah amat digalakkan memakai pelitup muka jika ingin membeli ubat di farmasi.

Tetapi pesakit diwajibkan memakai pelitup muka jika ke farmasi yang berada di dalam hospital atau fasiliti kesihatan.

15. Pusat fisioterapi, audiologi/pertuturan/rawatan tradisional yang tidak berada di dalam fasiliti kesihatan

Individu yang ingin ke tempat-tempat tersebut diberi pilihan memakai pelitup muka. Tetapi individu yang mempunyai gejala respiratori amatlah digalakkan memakai pelitup muka.

Tetapi pihak premis masih berhak menetapkan keperluan pemakaian pelitup muka kepada pengunjungnya.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Filem Animasi Mechamato Sudah Dapat Tarikh Tayangan Rasmi
  • JENDELA: Liputan Rangkaian 4G Capai 95.82% Setakat Jun 2022

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY