Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
online fraud

14,490 Kes Penipuan ‘Online’ Direkodkan Dalam Tempoh Enam Bulan

Diterbitkan Jun 28, 2024 · Dikemas kini Jun 28, 2024 oleh Amalina Athman

Sebanyak 14,490 kes penipuan dalam talian dengan jumlah kerugian melebihi RM581 juta direkodkan bagi tempoh Januari hingga 15 Jun lepas.

Berkaitan

  • Pengguna Tertipu Dengan Scammer, Negara Rugi Lebih RM1.3 Bilion
  • Maybank Kongsi 'Tips' Untuk Elak Daripada Kena 'Scam'
  • Kerajaan Rancang Bina Portal Dengan Teknologi AI Lawan Scam, Tangkis Fitnah
  • Pengguna Android Bakal Dapat Bantuan AI Perangi Scam
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M.Kulasegaran berkata kes penipuan dalam talian itu melibatkan jenayah telekomunikasi, jenayah e-kewangan, love scam, jenayah e-dagang, pinjaman serta pelaburan tidak wujud.

Pada 2022, jumlah kes yang direkodkan adalah sebanyak 25,479 kes manakala 34,495 kes pada 2023. Jumlah kerugian adalah lebih RM851 juta pada 2022 dan lebih RM1 billion pada 2023.

Selain itu, beliau memaklumkan sebanyak 7,960 tangkapan telah dibuat membabitkan 5,933 pertuduhan di mahkamah, setakat Mei lalu.

Kulasegaran menjelaskan bagi mengatasi jenayah scam, kerajaan merancang untuk meminda beberapa undang-undang sedia ada untuk membolehkan pelaku didakwa di mahkamah dengan lebih efektif dan usaha itu kini berada di peringkat akhir libat urus.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY