Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Maxim (2) – Edited

14% Pemandu Maxim Berusia Lebih 55 Tahun

Diterbitkan Januari 28, 2026 oleh ariff bukhari

Menjawab isu kelayakan umur untuk pemandu e-hailing yang terus dibincangkan dalam kalangan pemandu dan penumpang Malaysia, Maxim Malaysia menyatakan bahawa sektor e-hailing kekal terbuka kepada individu dari semua peringkat umur, tanpa had umur atas, selagi pemohon memenuhi keperluan pelesenan dan keselamatan yang diperlukan.

Menurut data 2026, seramai 14% pemandu Maxim berusia lebih 55 tahun. Kawasan dengan bilangan pemandu berpengalaman tertinggi termasuk Kota Kinabalu, Kuching, Bandar Miri, Sandakan dan Kuantan.

Maxim berkata, untuk mendaftar sebagai pemandu mereka, seseorang mesti berumur sekurang-kurangnya 21 tahun, memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL), insurans, lesen PSV, serta Permit Kenderaan E-Hailing (EVP).

Pemeriksaan kesihatan asas di klinik berdaftar turut diwajibkan bagi memastikan pemandu sihat dan mampu mengendalikan kenderaan dengan selamat.

Semua syarat ini dikawal selia oleh APAD di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2017, dengan pengawasan JPJ.

Ketua Bahagian Pematuhan Undang-Undang & Hubungan Kerajaan Maxim Malaysia, Mushfique Ahmed Chowdhury, menekankan bahawa peluang menjana pendapatan harus ditentukan oleh komitmen dan pematuhan, bukan umur.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Cara Bersihkan Storan Telefon Android Yang Sudah Penuh
  • Tune Talk Dan BHPetrol Beri Pek SIM Dan eBaucar Petrol Percuma

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY