Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Senarai Kata Laluan Paling Teruk Bagi Tahun 2017

“123456” Adalah Kata Laluan Yang Paling Kerap Digunakan

Diterbitkan Julai 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

Kata laluan merupakan ciri paling asas sebelum boleh mengakses sesebuah platform yang mengandungi data-data pengguna. Walaupun begitu, sebahagian pengguna memandang remeh perkara ini dengan memilih kata laluan yang mudah.

Menerusi kaji selidik yang dilakukan oleh seorang pelajar kejuruteraan komputer, Ata Hakçıl, “123456” merupakan kata laluan paling kerap digunapakai. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Hakçıl menggunakan timbunan data dari kebocoran yang berlaku di pelbagai syarikat sebelum ini.

Dikatakan data-data tersebut mudah diperolehi secara dalam talian seperti GitHub dan juga disebarkan menerusi forum penggodam serta portal perkongsian. Melibatkan lebih dari 1 bilion set data, lebih dari 7 juta kata laluan hanyalah “123456”.

Dalam kajian itu juga, Hakçıl mendapati purata panjang kata laluan adalah sekitar 9.4822 aksara. Selain itu, ciri-ciri lain pada kata laluan yang ditemui oleh beliau seperti hanya 12.04% mempunyai aksara istimewa dan 28.79% hanya mengandungi huruf sahaja.

Sumber: GitHub via ZD Net 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY