Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebanyak 36 Trip Tren ETS Sehari Sempena Hari Raya Aidiladha 2023

10 Set Tren ETS Baharu Dijangka Beroperasi Suku Pertama 2025

Diterbitkan Disember 19, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elekrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata perolehan ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memastikan perkhidmatan ETS terus cekap dan selamat bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna.

Buat masa ini, 10 set tren ETS sedia ada sedang menjalani penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) tahap empat, yang dijangka selesai sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025. Proses ini bertujuan memastikan tren berada dalam keadaan terbaik dan boleh dipercayai untuk operasi perkhidmatan ETS.

Beliau berkata kerja-kerja MRO tahap tiga dan empat bagi baki 14 set tren ETS yang masih beroperasi akan diteruskan mulai suku pertama 2025.

Bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap perkhidmatan itu, Hasbi berkata kerajaan kini dalam proses perolehan 50 lagi set tren merangkumi Electric Multiple Unit (EMU) dan Diesel Multiple Unit (DMU).

Selain itu, beliau berkata KTMB juga menyediakan tren tambahan terutamanya di musim perayaan dan cuti sekolah khususnya bagi laluan KL Sentral-Padang Besar bagi memenuhi permintaan tinggi dari dan ke sektor utara, setiap tahun.

Berkaitan

  • Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Ganjaran 'Rail Rewards' KTMB
  • KTMB Bakal Terima Tren ETS Generasi Ketiga Dari China, Mampu Pecut Selaju 160km/j
  • KTMB Beralih Ke Sistem Pembayaran Tanpa Tunai Sepenuhnya Mulai 1 Januari 2025
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY