10 Permainan Video Paling Berpengaruh Dalam Sedekad Ini

Permainan video telah mengalami landskap perubahan yang ketara dalam teknologi, model perniagaan dan pasarannya, yang kini termasuk lebih banyak pemain wanita dan penonton yang puratanya lebih berusia. Mungkin anda tertanya, apakah 10 permainan video paling berpengaruh sedekad ini.

Selepas melalui banyak perbincangan, menurut The Washington Post di bawah ini adalah senarai yang dipercayai bukan hanya permainan yang berkualiti, malah telah membentuk satu medium dan terus melakukannya dalam cara yang luar biasa.

2010


Amnesia: The Dark Descent




Amnesia: The Dark Descent merupakan permainan first-person dengan genre survival horror yang dikeluarkan oleh Frictional Games. Permainan ini mempunyai watak protagonis bernama Daniel yang menjelajah istana penuh misteri dan gelap, sambil cuba mengekalkan kewarasannya dengan cara mengelak dari raksasa dan halangan menakutkan yang lain.

Untuk pengetahuan anda, Amnesia juga membantu dalam melancarkan karier Youtuber paling berpengaruh pada hari ini iaitu PewDiePie. Dengan 102 juta subscribers, beliau menjadi viral dengan hanya menjerit semasa bermain permainan ini, terutamanya semasa adegan dalam air.

Video beliau telah meningkatkan minat dalam permainan video dan mencuri perhatian penerbit. Seterusnya, membuatkan para pemain sedar bermain dan memberi reaksi kepada permainan seram adalah cara yang bagus untuk mendapatkan tontonan di Youtube.

Minecraft




Minecraft adalah permainan video kotak pasir yang dicipta oleh Markus Persson, seorang ahli pengaturcaraan Sweden. Dikeluarkan oleh Mojang pada tahun 2011 dan dibeli oleh Microsoft pada tahun 2014. Ia merupakan permainan yang tiada tujuan khusus.

Aspek kreatif dan pembinaan Minecraft membolehkan pemain membina binaan daripada kiub-kiub bertekstur di dalam dunia 3D atau dipanggil "blocks" yang mewakili pelbagai bahan seperti kotoran, batu, batang pokok, air, dan lava. Aktiviti lain dalam permainan ini termasuk penerokaan, mengumpul sumber, menghasilkan kraf, dan pertempuran. Minecraft telah memenangi banyak anugerah seperti Best Downloadable Game of 2010, Most Innovative and Best Singleplayer Indie, Most Addicting Game di 2015 Kids' Choice Awards dan sebagainya.

2011


Dark Souls


Dark Souls adalah permainan aksi role-playing yang dibangunkan oleh From Software dan diterbitkan oleh Bandai Namco. Mekanik utama permainan ini adalah penerokaan. Pemain digalakkan untuk meneruskan permainan dengan berhati-hati, belajar dari kesilapan lalu atau mencari tempat alternatif untuk diterokai.

Dark Souls menjadi peringatan terbesar dalam sedekad ini bahawa permainan video bukan sekadar sebuah cerita, tapi adalah pengalaman hidup. Permainan ini memberi inspirasi kepada permainan Star Wars dan sebagainya. Melalui kesukaran semasa bermain permainan video ini, ia mencabar dan meminta anda untuk lebih memahami konsep "keseronokan" dan "ganjaran". Ia memaksa anda untuk memperoleh kemajuan dengan belajar dari kesilapan lalu.

Skyrim




Permainan kelima Elder Scrolls daripada Bethesda Studios menjadi penanda aras untuk permainan pengembaraan role-playing dalam sedekad ini. Walaupun ia hanya evolusi daripada empat permainan sebelumnya, permainan fantasi menjadi semakin mainstream dengan cara yang mereka tidak pernah lakukan sebelum Skyrim.

Todd Howard iaitu pengarah kreatif Skyrim berkata, permainan ini mencerminkan pemain sebanyak yang mungkin, siapa mereka dan apa yang akan mereka lakukan di dunia tersebut serta itulah yang menjadikan permainan lebih baik daripada hiburan lain. Skyrim mampu bertahan lama kerana ramai orang masih bermain walaupun selepas lapan tahun dan Bethesda membangunkan permainan lain.

2012


Candy Crush Saga




Candy Crush Saga yang dibangunkan oleh King bermula sebagai permainan di Facebook. Ia mempopularkan model freemium dalam pasaran permainan mudah alih iaitu memberikan permainan asas secara percuma, dan mengenakan cas untuk barangan tertentu sama ada untuk meningkatkan, mempercepatkan atau mencantikkan pengalaman pemain.

Permainan mudah alih akhirnya mencipta permainan "bayar untuk menang", merujuk kepada permainan video yang direka untuk memperlahankan perkembangan permainan dan mendorong pemain membayar untuk menang.

Walaupun cuma satu angka peratusan pemain yang membuat pembelian, lebih 500 juta orang mempunyai permainan ini hanya selepas setahun ia dilancarkan. Pada 2017, ia dimuat turun lebih 2.7 bilion dan dengan peratusan kecil pembelian dari jumlah muat turun sudah membuatkan King meraih berjuta-juta sebulan.

The Walking Dead: Season One




Menghidupkan semula permainan pengembaraan bukanlah satu usaha kecil, tetapi The Walking Dead yang dibangunkan oleh Telltale Games merupakan salah satu permainan yang membantu menghidupkan kembali genre tersebut. Ia menceritakan kisah Clementine dan persahabatannya dengan Lee yang menjelajah perjalanan menyayat hati sambil berusaha untuk bertahan dalam realiti dunia yang kejam.

Sebelum pelancaran, "permainan pengembaraan sudah mati" adalah sentimen biasa dalam industri permainan. Zaman kegemilangan genre tersebut adalah sekitar 1980 dan awal tahun 90-an, tetapi kemudian popularitinya berkurang dan jualan permainan pengembaraan semakin jatuh. Namun The Walking Dead telah mengubah segalanya.

Dalam masa 20 hari pelancaran, musim pertama (dari jumlah 5 musim) berjaya terjual sebanyak 1 juta unit. Awal tahun 2013, Telltale meraih pendapatan lebih kurang US$40 juta hanya dari musim pertama sahaja. Namun, Telltale ditutup pada akhir 2018 selepas pelabur terakhir mereka menarik diri dan diisytiharkan muflis. Ia dibangunkan semula sebagai LCG Entertainment pada Disember tahun lalu.

2014


Destiny




Tahun kebelakangan ini telah memperkenalkan konsep permainan video sebagai perkhidmatan atau "permainan perkhidmatan langsung". Semasa dilancarkan, Destiny yang dibangunkan oleh Bungie tidak dikaji dengan baik. Aktiviti yang membosankan, rampasan yang tidak mencukupi, dan cerita yang tidak masuk akal.

Pelancaran Destiny adalah satu petanda bahawa gelaran "permainan sebagai perkhidmatan" berterusan menjadi sangat susah bukan sahaja untuk dibangunkan, malah untuk mengekalkannya juga. Kesalahan awal Destiny terus berulang pada Destiny 2.

Tetapi, Bungie akhirnya memberi respon dengan maklum balas komuniti dan menjadikan permainan ini sesuatu yang lebih dekat dengan visi asal iaitu "shared world shooter". Setelah itu, Bungie telah memperkenalkan cabaran untuk membuatkan seseorang pemain log masuk setiap hari.

Destiny 2 kini kekal sebagai salah satu daripada komuniti yang sihat, bertenaga dan memenangi Anugerah Permainan pada 2019 bagi kategori sokongan komuniti terbaik. Kisah permainan terbaik sedekad ini tidak lengkap tanpa Destiny yang pada mulanya menghadapi kegagalan berprofil tinggi kepada matlamat yang sentiasa bergerak.

2015


The Witcher 3: Wild Hunt




Dunia The Witcher 3 begitu besar dan hampir menakutkan. Semasa pembangunan, CD Projekt Red melihat Skyrim yang dilancarkan beberapa tahun lalu sebagai inspirasi. Tetapi mereka tidak mahu hanya meniru apa sahaja yang ada pada Skyrim.

Paling utama, The Witcher 3 menetapkan bar yang tinggi untuk bercerita dalam permainan dunia terbuka seperti Red Dead Redemption 2, yang menafikan tanggapan bahawa dunia terbuka dan penceritaan yang berkualiti tidak boleh wujud bersama.

Namun, setelah kejayaan The Witcher 3, banyak permainan yang menggabungkan permainan dunia terbuka dan penceritaan mula muncul sejak beberapa tahun ini.

2016


Pokémon Go




Apabila Pokémon Go dilancarkan, ia digembar-gemburkan sangat hebat. Dengan kejayaan besarnya (lebih 540 juta muat turun sehingga kini), Pokémon Go adalah permainan yang mendorong persoalan setiap teknologi, media dan syarikat perisian tentang bagaimana AR menjadi faktornya.

Permainan ini membolehkan anda mematikan keupayaan AR. Mungkin tiada sesiapa yang mahu menjadi orang yang terlalu sibuk di tempat awam, dengan berjalan pergi balik cuba mencari Pidove yang bersembunyi. Pokémon Go adalah permainan yang dimaksudkan untuk bermain ketika sedang melakukan perkara lain. Ramai orang yang tidak disangka, masih bermain Pokémon Go sehingga kini.

2017


Fortnite


10 Permainan Video Paling Berpengaruh

Fortnite berada dalam senarai ini bukan kerana ia mempopularkan genre pertempuran royal. Mod terkenal Fortnite sendiri adalah hasil daripada popularasi genre, iaitu PlayerUnknown's Battleground. Tetapi apabila Epic Games berjaya menyamai formula itu, Fortnite mendapat cara baru untuk memastikan pemain terlibat.

Permainan ini adalah percuma, tetapi pas sistem pertempuran akan membuatkan pemain melanggan beberapa bulan untuk log masuk dan mendapatkan ganjaran baru. Fortnite menawarkan 100 ganjaran hanya dengan $10 setiap beberapa bulan, dan pemain dapat melihat segalanya.

Fortnite meningkat sehingga 200 juta pemain sebulan dan menjadi fenomena pada 2018. Piala Dunia disambut dengan tarian Fortnite dan Michelle Obama juga melakukan tarian tersebut. Banyak liga sukan yang risau pemain mereka tidak cukup tidur atau menjalani latihan kerana permainan ini.

Sumber

Berkaitan