Siri Huawei Mate 20 keluaran mereka kini sudah menjejah angka jualan sebanyak 10 juta unit di seluruh dunia.
Ia menjadikannya sebagai antara siri kelas Huawei yang paling berjaya di samping siri P20 sepanjang tahun lepas.
Bagaimanapun, pengumuman yang dibuat oleh Ketua Peranti Mudah Alih Huawei, Yu Chengdong itu tidak menyatakan secara spesifik mengenai jumlah jualan bagi setiap model di bawah siri tersebut.
Siri Huawei Mate 20 telah dilancarkan pada Oktober tahun lalu dengan beberapa model berbeza iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 X dan Porsche Desing Mate 20 RS yang dilancarkan pada bulan berikutnya.
Dalam pada itu, Huawei bakal memperkenalkan satu lagi siri perdana mereka, Huawei P30 pada hujung bulan ini.
Baca juga: Tunggu Dulu, Kemunculan Huawei P30 Semakin Hampir- Apa Yang Kita Tahu Setakat Ini
Ia dijangka akan terus menjadi tumpuan terutama bagi penggemar fotografi apabila dilancarkan kelak.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Android Chrome Akan Letakkan Search Bar Di Bahagian Bawah Skrin
- Sedikit Teaser Google Pixel Menjelang Google Event Esok
- iPhone Bakal Mengikut Jejak Langkah Huawei Dengan Tetapan 3 Kamera Utama
- Honor Play Fair - Peluang Keemasan Untuk Mengunjungi Gamescon 2018 Di Jerman
- Spesifikasi Nokia X71 Terdedah Menjelang Pelancaran, Hadir Dengan Tri-Kamera Utama & Snapdagon 660
- Persoalan Sudah Terjawab, Peranti Huawei Tanpa Servis Google, Ini Respon Pihak Huawei
- Huawei Perkenalkan Edisi Khas Mate 20 Pro & Nova 4 Di China
- Apple Umum Pembatalan Projek Apple AirPower, Dakwa Ia Gagal Capai Kualiti Dimahukan
- Samsung Galaxy Note 9 Dilancarkan Pada 24 Ogos Ini
- OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan