Amerika Minta Jerman Sekat Huawei Atau Perkongsian Maklumat Di Antara Mereka Akan Dikurangkan

Ketegangan yang berlaku di antara Huawei dan kerajaan Amerika Syarikat nampaknya masih lagi belum reda.

Terbaru, negara Uncle Sam itu memberi amaran kepada kerajaan Jerman untuk menyekat teknologi Huawei di negara mereka atau perkongsian maklumat di antara kedua-dua negara dihadkan selepas ini.

Kapsyen: Gambar Hiasan(Telecom Review Asia)


Menurut laporan The Wall Street Journal yang dipetik dari laman The Verge, Amerika akan berhenti berkongsi beberapa maklumat rahsia sekiranya Huawei dibenarkan untuk membangun infrastruktur 5G mereka di Jerman.

Teknologi keluaran Huawei nampaknya terus dianggap sebagai satu ancaman oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Baru-baru ini, Huawei telah menfailkan saman kepada kerajaan AS ekoran larangan penggunaan peralatan komunikasinya.

Tindakan itu terpaksa diambil sebagai langkah terakhir dalam usaha menyelesaikan masalah di antara kedua-dua belah pihak.

 

Sumber: WSJ via The Verge

Berkaitan