Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

“Kami Akan Memberikan Lebih Perlindungan Dari Perisian Hasad Kepada Pengguna Chrome, Hanya Jika Mereka Log Masuk Ke Akaun Google” – Google

Diterbitkan Ogos 9, 2019 · Dikemas kini Ogos 9, 2019 oleh ariff bukhari

Ingin perlindungan tambahan di pelayar Chrome? Google minta pengguna supaya log masuk ke akaun mereka.

Untuk pengetahuan anda, Google telah mula memuatkan ciri perlindungan tambahan pada pelayar Google Chrome. Ciri tersebut adalah hampir menyerupai ciri yang diperkenalkan pada Gmail Advanced Protection Program khusus untuk pengguna berisiko dengan menggunakan peranti seperti kunci keselamatan Google Titan.

Cuma bezanya untuk pengguna pelayar Chrome pula, mereka perlu mendaftar masuk ke akaun Google mereka di pelayar Chrome. Ciri tersebut dikenali sebagai Sync.

“Kami Akan Memberikan Lebih Perlindungan Dari Perisian Hasad Kepada Pengguna Chrome, Hanya Jika Mereka Log Masuk Ke Akaun Google” – Google
Kelebihan Sync.

Sebelum ini pengguna pernah marah dengan Google kerana bertindak secara automatik (memaksa) pengguna log masuk ke dalam akaun Google di aplikasi pelayar Chrome apabila pengguna  log masuk ke dalam servis Google seperti Gmail.

Google menyatakan, pengguna yang log masuk ke akaun Google mereka akan menerima lebih perlindungan khususnya daripada serangan perisian hasad ketika mereka melayari laman sesawang dengan aplikasi Chrome.

“Chrome will automatically start receiving stronger protections against risky downloads across the web, like files containing malware.”

Walaubagaimanapun, apabila anda log masuk ke akaun Google anda di pelayar Chrome, Google akan menerima data pelayaran pengguna seperti web history, kata laluan dan tetapan bagi diaplikasikan pada kesemua aplikasi Google yang ada pada kesemua peranti yang dimiliki pengguna.

Sumber: ZDNet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY