Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
zte axon 30s_4

ZTE Umum Axon 30S Dengan Kamera Bawah Skrin, Cip Snapdragon 870

Diterbitkan September 27, 2022 oleh Amalina Athman

ZTE telah mengumumkan Axon 30S di China dengan sedikit naik taraf daripada Axon 30 yang dilancarkan tahun lalu. Spesifikasi utama dan rekaan masih dikekalkan dengan perbezaannya adalah dari segi perisian, yang mana Axon 30S menjalankan Android 12 dengan ZTE MyOS 12.

Berkaitan

  • ZTE Axon 30 Dengan Kamera Bawah Skrin Generasi Kedua Rasmi Dilancarkan
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar

ZTE Axon 30S dimuatkan skrin berukuran 6.92-inci 10-bit OLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Di bahagian bawah paparan pula diletakkan 16MP kamera swafoto serta pengimbas cap jari. Beralih ke bahagian belakang, terdapat tiga tetapan kamera dengan 64MP utama, 8MP sudut lebar dan 5MP makro.

axon 30s_3
gsmarena_003 (2)

Lain-lain spesifikasi juga sama sahaja seperti Axon 30, dengan janaan cip pemproses Snapdragon 870, bateri berkapasiti 4,200mAh serta pengecasan 55W.

zte axon30s_2
zte axon30s_1

Untuk harga, ZTE Axon 30S ditawarkan dengan harga bermula 1,698 yuan (~RM1,092) bagi 8/128GB. Sementara varian 12/256GB pula diletakkan pada tanda harga 2,198 yuan (~RM1,413). Buat masa ini, ZTE Axon 30S hanya dijual untuk pasaran China dan belum diketahui jika atau bila ia akan tersedia untuk pasaran global.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY