ZTE Sahkan Axon 20 5G Akan Diperkenal Dengan Teknologi Kamera Bawah Paparan

Terdahulu, ZTE telah mengumumkan Axon 20 5G akan dilancarkan pada 1 September 2020. Kini, ZTE mengesahkan peranti itu bakal diperkenal sebagai telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi teknologi sensor kamera bawah paparan generasi ketiga.

ZTE Axon 20 in display screen

Dalam teknologi ini, hanya dua ribu dari keseluruhan skrin yang digunakan untuk sensor kamera di bawah paparan, yang berukuran sekitar inci persegi kecil.



Susunan dan saiz piksel adalah berbeza dari paparan konvensional. Ia dibangunkan dengan "unique natural pixel arrangement technology". Teknologi ini menjadikan kamera bawah skrin tidak kelihatan jika tidak digunakan dan hanya kelihatan apabila ingin merakam gambar.

ZTE Axon 20 in display screen

Dalam pada itu, skrin ZTE A20 turut dibahagi kepada 7 lapisan berbeza yang terdiri daripada penutup kaca, polarizer, kaca pembungkusan, katod, OLED, array, kaca substrat. Lapisan paling utama menggunakan ultra-high-transmittance micron-level, dan struktur filemnya mempunyai anti-pantulan, yang boleh memaksimakan ketelusan skrin dan menekan optical diffraction pada masa yang sama.



Pengesahan ZTE mengenai penggunaan teknologi kamera bawah paparan ini hadir sejurus Xiaomi memperlihatkan teknologi kamera bawah paparan. Xiaomi turut mendedahkan peranti dengan teknologi itu akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Sumber:  Weibo ZTE