Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
i (17)

ZTE Komited Dalam 5G

Diterbitkan Ogos 25, 2017 oleh Wiser MY

Syarikat telekomunikasi China, ZTE berkata yang mereka komited dalam membangunkan teknologi 5G dengan mahu penyedia perkhidmatan untuk berpindah ke rangkaian yang lebih pantas.

Dalam setengah tahun pertama, cip pra pelbagai fungsi 5G ZTE telah dijual ke operator antarabangsa dan cip IoT mereka telah diuji dalam pelbagai perkakasan dengan pelbagai vendor.

ZTE juga berkata yang peranti telefon pintar mereka berada di tangga ke-4 di pasaran telefon pintar Amerika Syarikat dan baru saja mengeluarkan peranti ZTE Blade Z Max untuk pasaran Amerika.

ZTE yang berada di tempat pertama dalam senarai organisasi harta intelek dunia telah membelanjakan  RM 4.2 bilion dalam R&D dalam masa 6 bulan.

ZTE telah menfailkan paten sebanyak 4,123 dalam tahun 2016 diikuti oleh Huawei dengan jumlah 3,692 paten.

Syarikat itu telah memperkenalkan penyelesaian FFD-LTE Massive MIMO mereka yang telah dikuasakan oleh cip pemprosesan vektor MSC2.0 selepas mengujinya tahun lepas bersama China Unicom dan China Telecom.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY