Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ZTE Bakal Buat Kemunculan Semula Di IFA 2018

ZTE Bakal Buat Kemunculan Semula Di IFA 2018

Diterbitkan Ogos 18, 2018 oleh Haikel Areff

Terpalit dengan sekatan yang dikenakan kepada mereka oleh kerajaan Amerika Syarikat kebelakangan ini, ZTE dijangka akan membuat kemunculan semula di IFA 2018 hujung bulan ini. Mereka dilaporkan akan melancarkan peranti Axon 9 semasa acara itu nanti.

See you at #ifa2018 ! pic.twitter.com/LROy1FTYcq

— ZTE Device (@ZTEDevice) August 16, 2018

Ia diumumkan sendiri oleh ZTE menerusi satu kiriman poster di laman Twitter mereka yang bertarikh 16 Ogos 2018. Ayat ‘Mendahului Inovasi 5G’ turut ditampilkan pada poster tersebut. Selain itu, satu imej telah tertiris atas talian yang memaparkan angka ‘9’ gergasi serta logo ZTE dan IFA.

ZTE Bakal Buat Kemunculan Semula Di IFA 2018Kredit : GizmoChina

Bagaimanapun, ZTE masih belum mahu mengesahkan kesahihan imej yang dikatakan berkaitan dengan peranti Axon 9 tersebut. Mereka juga tidak memberi sebarang komen berkenaan samada peranti itu akan hadir dengan sambungan 5G atau tidak.

Perkara ini adalah sesuatu yang amat menarik untuk disaksikan. Untuk perkembangan lanjut, teruskan ikuti kami di Wiser.my.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
  • Xbox Generasi Baharu Dilapor Mungkin Berharga Sehingga AS$1,800
  • Jualan Tiket Bas Ekspres Hanya Melalui Terminal Berlesen Mulai 1 November
  • Pusat Data Google Cloud Terputus Bekalan Tenaga, Urusan Bank Di UK Terjejas
  • DJI Osmo Pocket 4P Pearl White Kini Dijual Di Malaysia, Harga RM2,419
  • Antigravity Lancar Alat Kawalan Dan Aksesori Baharu Bagi Dron A1
  • Saham Jatuh, Pelabur Netflix Semakin Bimbang
©2026 WISER.MY